HomeEKONOMITadbir Urus Cekap Naikkan Untung FGV

Tadbir Urus Cekap Naikkan Untung FGV - huluselangor.com

Peningkatan keuntungan  RM144 juta dicatat Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) pada tahun lalu berpunca daripada tadbir urus yang cekap oleh pengurusan syarikat itu.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata ia turut memberikan khabar gembira kepada warga peneroka yang memiliki pegangan saham dalam FGV.

“Pengerusinya, Datuk Azhar Abdul Hamid serta ahli lembaganya berjaya mengembalikan peranan FGV sebagai entiti perniagaan menerusi peningkatan keuntungan direkodkan,” katanya hari ini di Johor Bahru.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad mengumumkan untung bersih syarikat melonjak 364.5 peratus kepada RM144 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 berbanding RM31 juta pada tahun sebelumnya.

HomeEKONOMITadbir Urus Cekap Naikkan Untung FGV

Berkaitan

POPULAR