HomePOLITIKPerjanjian sulit terbatal, Muhyiddin patut ‘tekan butang’

Perjanjian sulit terbatal, Muhyiddin patut ‘tekan butang’ - huluselangor.com

  • Perjanjian sudah terbatal. 
  • MoU pun dah tamat.
  • Kenalah tekan butang.

Semuanya sudah jelas sekarang.

Rupanya ada perjanjian sulit untuk TS Mahiadin dan PPBM menyokong DS Ismail Sabri jadi PM. Ianya begitu sulit sehingga kepimpinan UMNO tidak tahu dan begitu juga kepimpinan PAS.

Dari UMNO, hanya DS Ismail dan TS Annuar Musa yang terlibat. TS Annuar terlibat sebagai saksi.

Bagi PAS pula, hanya Takiyudin yang tahu. Tapi, kerana ianya perjanjian sulit, Presiden PAS pun tak boleh tahu.

Tapi kalau sudah didedahkan sedangkan ianya suatu perjanjian yang sulit, adakah perjanjian itu terbatal?

Buat masa ini, DS Ismail masih menyimpan rahsia. Begitu juga dengan TS Annuar. Takiyudin pun begitu.

Hanya pihak TS Mahiadin dan PPBM yang telah buka rahsia.

Kalau ikut logiknya, TS Mahiadin dan PPBM yang patut tarik balik sokongan itu. Ia itu, lebih kurang samalah dengan ‘menekan butang’ seperti diugut terhadap kerajaan campuran BN-PN Johor satu ketika dulu semasa PRN Melaka dan sebelum PRN Johor.

#HonestPolitics
#KembalikanMandatRakyat

Facebook Shahrir Samad Tok Uban
https://web.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid02UHYJooaW3GCBZdJbKFZw4UzLzoAc6RTVhmMnHCixpopAKVFEbw7TEEkAPiW3qrhil&id=100045805928680

HomePOLITIKPerjanjian sulit terbatal, Muhyiddin patut ‘tekan butang’

Berkaitan

POPULAR