Langkah PD: Kenyataan Zuraida membayangkan PKR bergolak serius

Beliau berkata kelakuan seperti itu mungkin menimbulkan tanggapan PKR kini dimanipulasi sesetengah kelompok.

Semalam, Naib Presiden PKR Tian Chua turut membidas calon timbalan Presiden Rafizi Ramli kerana merancang PRK secara rahsia daripada pemimpin lain.

Sidang media pengosongan kerusi parlimen Port Dickson sebagai laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini di ibu pejabat PKR diserta Rafizi, Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution, Anggota Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan naib presiden Dr Xavier Jayakumar.

Pada sidang media itu, Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan melepaskan yang dimenangi pada PRU 14 Mei lalu bagi membolehkan Anwar bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat sebagai ahli parlimen.

Mengulas lanjut, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata setiap anggota PKR dan juga rakyat Malaysia ingin melihat Anwar kembali ke Parlimen, tetapi ia mestilah diputuskan mengikut saluran yang betul.

“Penting untuk semua pimpinan menjunjung tinggi agenda reformasi yang kita perjuangkan. Saya amat berharap Anwar sendiri akan menyatakan pendirian tentang perkara ini,” katanya.

Terdahulu, Saifuddin berkata perkara itu dibincang dalam mesyuarat biro politik – badan pembuat keputusan eksekutif – semalam.

Difahamkan Zuraida dan ramai pemimpin utama parti tidak hadir ke mesyuarat itu. Anwar berada di Hong Kong manakala Azmin di Vietnam sebagai wakil kerajaan dalam Forum Ekonomi Dunia.

PKR dikatakan semakin berpecah ketika pimpinan parti sedang berebut jawatan masing-masing sehingga wujud kem Azmin dan Rafizi yang dipercayai mendapat sokongan Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Meskipun mereka menafikan, kenyataan beberapa pemimpin PKR termasuk Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani member gambaran memang ujud pertembungan didalam parti berpunca rasa tidak puashati apabila mereka yang rapat dengan Azmin lebih ramai dilantik menyertai Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad.

……..
https://huluselangor.com/langkah-pd

More From Forest Beat

MoU kerajaan-PH sah tidak disambung

Memorandum persefahaman antara kerajaan dan Pakatan Harapan yang dikatakan akan tamat pada 31 Julai tidak akan disambung, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Ismail yang...
POLITIK
1
minute

Perjanjian sulit terbatal, Muhyiddin patut ‘tekan butang’

Perjanjian sudah terbatal.  MoU pun dah tamat. Kenalah tekan butang. Semuanya sudah jelas sekarang. Rupanya ada perjanjian sulit untuk TS Mahiadin dan PPBM menyokong DS...
POLITIK
0
minutes

[VIDEO] UMNO ada Pelan B jika ROS tolak pindaan perlembagaan

UMNO akan mengadakan pemilihan sebelum akhir tahun ini sekiranya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak meluluskan permohonan pindaan perlembagaan. Ahmad Maslan, berkata parti itu...
POLITIK
2
minutes

Tajuddin ‘barbaric’, kontroversial; tak layak jadi duta, kata Pemuda Umno

Exconya Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin membuat desakan itu selepas Tajuddin secara terbuka menyerang Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. tindak-tanduk dan sikap yang telah ditunjukkan...
POLITIK
2
minutes
spot_imgspot_img