HomeGAYA HIDUPBUDAYA Suntong Tutok jadi pilihan berbuka puasa di Sarawak biarpun harga semakin...

[Video] Suntong Tutok jadi pilihan berbuka puasa di Sarawak biarpun harga semakin meningkat - huluselangor.com

KUCHING  — Setiap kali menjelangnya bulan Ramadan, Bubur Pedas dan Kuih Bongkol pastinya menjadi juadah yang sinonim untuk berbuka puasa di Sarawak, namun bagi mereka yang lebih cenderung untuk menikmati makanan laut, Suntong Tutok akan menjadi pilihan mereka di negeri ini.

Suntong Tutok yang merupakan hidangan sotong kering yang dibakar dan kemudiannya  diketuk atau digiling itu kekal mendapat sambutan tinggi penggemarnya meskipun harganya meningkat saban tahun, kata Dayang Zunika Abang Adenan, 61,  yang telah mengusahakan perniagaan juadah sotong itu sejak berumur 20 tahun lagi.

Beliau yang ditemui di Kampung Nombor di sini berkata keadaan dahulu dan kini cukup berbeza dengan harga pasaran sotong pada hari ini mencecah lebih RM160 sekilogram berbanding RM45 sekilogram 30 tahun lalu.

“Walaupun harganya naik sebegitu, saya kadang-kadang tidak menang tangan bagi memenuhi tempahan pelanggan yang bukan sahaja di Kuching tetapi juga dari Sabah dan Semenanjung Malaysia,” katanya.

Beroperasi setiap malam sepanjang bulan Ramadan ini, hasil jualan Dayang Zunika tidak pernah kurang dari lima kilogram sotong sehari dan setiap sotong dijualnya bermula RM5 hingga RM25 seekor mengikut saiz.

Dayang Zunika berkata beliau kini lebih senang dengan kaedah menggiling sotong kerana saiz sotong yang lebih panjang dan tebal namun masih juga membuat sotong ketuk atas pemintaan pelanggan.

 

HomeGAYA HIDUPBUDAYA Suntong Tutok jadi pilihan berbuka puasa di Sarawak biarpun harga semakin...

Berkaitan

POPULAR