HomeDUNIA Dua sejoli kekasih diarak beramai-ramai, didakwa berzina ketika bulan puasa, terima...

[Video] Dua sejoli kekasih diarak beramai-ramai, didakwa berzina ketika bulan puasa, terima banyak kritikan - huluselangor.com

Sepasang muda-mudi diarak beramai-ramai oleh warga menjadi viral. Dua sejoli itu dikabarkan melakukan zina ketika bulan Ramadhan.

Video itu muatnaik kembali oleh akaun @ndorobei.official di media sosial Instagram pada Selasa (03/05/2022).

Rakaman video menunjukkan seorang lelaki tidak berbaju memakai seluar jeans berjalan sambil menolak motosikal merahnya.

Sementara itu, kekasih berjaket merah jambu itu memegang tangan lelaki yang menolak motosikal.

Tali rafia di leher mereka menyambungkan kotak kadbod dengan perkataan “Saya berjinah di bulan Ramadhan,”.

Rombongan penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada golongan belia kelihatan mengarak pasangan kekasih tersebut di belakang secara beramai-ramai.

Pasangan itu dikatakan berzina dan dicekup penduduk setempat sejurus selepas melakukannya pada bulan puasa lalu.

Ketika diarak beramai-ramai, wanita itu beberapa kali dilihat menundukkan kepalanya kerana malu. Malah, wanita itu dilihat membawa sejumlah beg plastik yang tidak diketahui apa isi kandungannya.

HomeDUNIA Dua sejoli kekasih diarak beramai-ramai, didakwa berzina ketika bulan puasa, terima...

Berkaitan

POPULAR