HomeDUNIAHukuman berat jika langgar privasi

Hukuman berat jika langgar privasi - huluselangor.com

ABU DHABI: Pendakwa raya Emiriah Arab Bersatu (UAE) memberi amaran bahawa melanggar privasi individu adalah kesalahan yang boleh dihukum di negara itu dengan denda sehingga 500,000 dirham (kira-kira RM607,049).

Dalam sesetengah kes, tertuduh juga boleh dipenjara sekurang-kurangnya enam bulan, lapor Gulf News.

Pihak berkuasa juga menggariskan tindakan yang merangkumi pelanggaran privasi di UAE termasuk mengintip, campur tangan, rakaman, pemindahan, penyiaran, komunikasi, bahan audio atau visual.

Selain itu ia juga termasuk mengambil gambar orang lain di mana-mana tempat awam atau peribadi, penyediaan foto elektronik, memindahkan, mendedahkan, menyalin atau menyimpannya.

Pendakwa raya turut menggariskan tindakan mengambil gambar orang yang cedera, mati, mangsa kemalangan atau bencana, dan pemindahan atau penerbitan tanpa kebenaran daripada pihak berkenaan sebagai satu kesalahan.

Ia juga merangkumi perbuatan mengesan dan memerhatikan data geografi kepada orang lain, membocorkan, memindahkan, mendedahkan, menyalin atau menyimpannya

Pendakwaan Awam berkata, hukuman penjara minimum enam bulan, atau denda antara 150,000 dirham (kira-kira RM182,105) dan 500,000 dirham (kira-kira RM607,049) atau kedua-duanya, akan dikenakan kepada sesiapa yang menggunakan rangkaian maklumat selain yang dibenarkan undang-undang.

Hukuman penjara dan denda adalah lebih tinggi, jika bahan yang diperolehi, diubah untuk tujuan menjatuhkan imej seseorang.

“Sesiapa yang menggunakan sistem maklumat elektronik atau untuk membuat apa-apa pengubahan atau pemprosesan pada rakaman, imej, atau tempat kejadian, bagi tujuan fitnah atau kesalahan terhadap orang lain hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada setahun, dan tidak kurang daripada 250,000 dirham (kira-kira RM303,513 dan tidak lebih daripada 500,000 dirham (kira-kira RM607,049),” kata pendakwa raya.

HomeDUNIAHukuman berat jika langgar privasi

Berkaitan

POPULAR