HomePOLITIK Bekas ketua PPBM Putrajaya kembali ke pangkuan UMNO

[Video] Bekas ketua PPBM Putrajaya kembali ke pangkuan UMNO - huluselangor.com

Bekas Ketua Bersatu Bahagian Putrajaya, Erwan Mohd Tahir dilaporkan kembali menyertai UMNO.

Ahli Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan penyertaan semula Erwan dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

“Hari ini UMNO Bahagian Putrajaya menerima permohonan bekas Ketua Bersatu Bahagian Putrajaya Datuk Seri Dr Erwan Mohd Tahir bersama 120 orang untuk menyertai UMNO,” katanya.

Menurut Tengku Adnan, keputusan tersebut dibuat Erwan selepas dia melihat hanya UMNO mampu menamatkan beberapa polemik politik yang menggugat kesejahteraan rakyat dan kestabilan ekonomi semasa pandemik Covid-19.

“Saya percaya hanya UMNO dapat memartabat dan mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu, Perlembagaan Malaysia dan Raja-Raja Melayu seperti mana yang dinyatakan dalam asas dan tujuan penubuhan UMNO dan juga setelah mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara,” kata Tengku Adnan yang memetik kenyataan Erwan.

HomePOLITIK Bekas ketua PPBM Putrajaya kembali ke pangkuan UMNO

Berkaitan

POPULAR