HomePOLITIKUMNO Shah Alam harap MN Di Selangor terus diperkukuh

UMNO Shah Alam harap MN Di Selangor terus diperkukuh - huluselangor.com

Selepas Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka selesai, sudah menjadi asam garam dalam gelanggang politik di mana pemimpin bersaing untuk memimpin rakyat ke arah kebaikan.

Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Azhari Datuk Shaari berkata itu adalah perkara biasa selepas mana-mana pilihan raya dan apa yang penting segala perancangan dan segala pelaksanaan yang telah dirancang sebelum ini terus berjalan demi kepentingan rakyat dan seluruhnya termasuklah soal Muafakat Nasional (MN) di Selangor.

“Bagi kita di Selangor, setakat ini Muafakat Nasional tetap dipertahankan bagi memastikan perjuangan untuk rakyat diteruskan dengan wadah tersebut. Selangor sejak 2008 hingga kini telah dikuasai kerajaan bukan daripada Barisan Nasional (BN).

“Ini memerlukan kita mewujudkan gabungan besar daripada parti yang mempunyai asas perjuangan melibatkan agama, bangsa dan tanahair,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Azhari lagi Muafakat Nasional di Selangor sepertimana yang diperkatakan oleh pimpinan negeri kedua-dua parti berkenaan, insya-Allah akan terus dipertahankan.

“Muafakat Nasional Selangor, sebagaimana kenyataan bersama pemimpin UMNO, Tan Sri Noh Omar dan PAS, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi akan terus mempertahankan gabungan tersebut. Kita berharap perjuangan Muafakat Nasional Selangor terus mantap demi kepentingan rakyat seluruhnya, Insya Allah,” tambahnya.

HomePOLITIKUMNO Shah Alam harap MN Di Selangor terus diperkukuh

Berkaitan

POPULAR