HomeEKONOMITuduhan PH hutang negara RM1 trilion tak benar, kerajaan perlu segera...

Tuduhan PH hutang negara RM1 trilion tak benar, kerajaan perlu segera sumber baharu – Ahmad Maslan - huluselangor.com

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan bahawa tuduhan Pakatan Harapan (PH) pada 2018/19 bahawa hutang kerajaan sudah RM1 trilion tidak benar.

Ini kerana katanya, sehingga akhir Ogos 2021 iaitu selepas tiga tahun enam bulan tuduhan dibuat ternyata bahawa hutang negara adalah berjumlah RM965.3 bilion atau 63.3% daripada KDNK.

“Saya sebut di Dewan Rakyat perlu sumber baharu pendapatan kerajaan bagi segera kurangkan hutang dengan defisit 6-7%,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian menerusi ciapan dalam twitternya berkaitan hal terbabit hari ini.

Selaras dengan itu, beliau telah menyarankan kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini agar:

1) Segerakan Akta Tanggungjawab Fiskal FRA
2) Intergrasi data Kastam dan LHDN era GST kerana boleh kurangkan ketirisan
3) Cukai sementara syarikat untung luar biasa seperti sarung tangan dan lain-lain.
4) Belajar daripada negara yang hutang bawah 60% daripada KDNK.

HomeEKONOMITuduhan PH hutang negara RM1 trilion tak benar, kerajaan perlu segera...

Berkaitan

POPULAR