HomeEKONOMITopzMall mahu tembusi pasaran halal antarabangsa

TopzMall mahu tembusi pasaran halal antarabangsa - huluselangor.com

KUALA LUMPUR – Platform e-dagang, TopzMall bercadang untuk menembusi pasaran halal antarabangsa sebagai usaha mengukuhkan lagi perniagaan sedia adanya setelah berjaya mencatat jualan sebanyak RM16 juta pada tahun pertama operasinya.

Ketua Pegawai Operasi ­TopzMall, Calvert Choo berkata, inisiatif tersebut akan dilaksanakan melalui usaha membawa produk halal tempatan ke pasaran antarabangsa terutama di China yang merupakan kekuatan platform e-dagang berkenaan.

“Kami merancang untuk mewujudkan halal kategori dalam TopzMall kerana pelanggan beragama Islam bukan sahaja berada di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia. Pelanggan kami terdapat di Filipina, Vietnam dan juga China,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelantikan pe­nyanyi Jeryl Lee Pei Ling sebagai duta kempen 2022 CNY Goods di sini baru-baru ini.

Choo menerangkan, ­TopzMall memiliki keunikan tersendiri berbanding platform e-dagang sedia ada kerana ia memberi fokus kepada usaha memasarkan produk jenama tempatan ke pasaran antarabangsa.

TopzMall yang memulakan operasinya pada tahun lalu menyasarkan jualan sebanyak RM32 juta tahun depan.

Original Article

HomeEKONOMITopzMall mahu tembusi pasaran halal antarabangsa

Berkaitan

POPULAR