HomeGAYA HIDUPTMJ Letak Jawatan

TMJ Letak Jawatan - huluselangor.com

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta merta bermula hari ini.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers, baginda berkata keputusan dibuat kerana berasa bertanggungjawab terhadap kejatuhan ranking pasukan bola sepak negara.

“Baru-baru ini ranking pasukan kebangsaan jatuh tiga anak tangga dan ini merupakan satu kegagalan yang amat besar.

“Oleh itu, saya rasa Presiden FAM harus letak jawatan.

“Terima kasih untuk segala-galanya dan ia menjadi satu penghormatan untuk berkhidmat kepada bola sepak Malaysia. Selamat maju jaya,” kata baginda.

Dalam ranking terbaharu FIFA yang diumumkan hari ini, Harimau Malaya jatuh tiga anak tangga ke tempat ke-178 berbanding 175 pada bulan lalu.

HomeGAYA HIDUPTMJ Letak Jawatan
Facebook Notice for EU! You need to login to view and post FB Comments!

Berkaitan

POPULAR