DAP dan PKR sangat hebat dalam menggunakan isu perkauman sepanjang masa – seperti dalam kes FGV yang mengalami kemerosotan akibat kejatuhan mendadak harga minyak sawit mentah dan fenomena El-Nino sejak penyenaraian – dan mendakwa bahawa Kerajaan mempermainkan orang Melayu.
Ramai bercakap mengenai kejatuhan harga saham FGV dari harga penyenaraian RM4.55 pada tahun 2012 kepada RM1.53 baru-baru ini (ia telah pulih kepada RM1.70 pada Jumaat lepas) – ini dijadikan modal sebagai kegagalan Kerajaan kononnya modal pasaran telah merosot daripada RM20b kepada RM6.20 bilion – kerugian sebanyak RM14 bilion.
Seperti yang pernah diberitahu sebelum ini, tidak ramai orang bercakap tentang kejayaan penyenaraian IHH Bhd milik Kerajaan juga pada tahun 2012 yang melonjak dari RM2.80 kepada RM6.40 yang kini mempunyai modal pasaran sebanyak RM52.68 bilion berbanding RM22. 5 bilion apabila disenaraikan – keuntungan sebanyak RM30b.
Satu lagi senaraian yang pada mulanya dipolitikkan adalah perniagaan gula pegangan MSM FELDA.
Pada tahun 2009, FELDA membeli MSM dari Robert Kuok debgan harga RM1.22 bilion.
Dua tahun kemudian pada 2011, FELDA menyenaraikan MSM pada harga RM3.38 sesaham pada nilai pasaran sebanyak RM2.45 bilion – hampir dua kali ganda daripada harga yang dibayar.
Semasa penyenaraian, FELDA dijual 15% daripada saham dengan harga RM370 juta – keuntungan besar kerana ia membeli 100% pada RM1.22 bilion.
Hari ini, harga saham adalah RM4.82 dengan modal pasaran sebanyak RM3.39 bilion.
FELDA melalui FGV masih memiliki 51% saham yang kini bernilai RM1.72 billion.
Manakala Koperasi FELDA masih memiliki tambahan 20% bernilai RM678 juta.
Ini adalah tidak termasuk RM370 juta sudah diterima pada penyenaraian dan 5% dividen yang MSM telah dibayar setiap tahun.
Tidak syak lagi bahawa MSM adalah pelaburan yang sangat baik untuk FELDA.
Pada tahun-tahun awal, sudah tentu DAP mempolitikan perkara ini dan cuba untuk menjadikannya sebagai isu perkauman dengan menimbulkan cerita yang FELDA (Melayu) memaksa Robert Kuok (ikon Cina) untuk menjual keseluruhan syarikat gula.
Ini tidak benar kerana selepas Robert Kuok menjual MSM, beliau membeli syarikat gula Australia yang lebih besar serta harga gula adalah tidak dikawal seperti di Malaysia.
DAP kemudian mendakwa selepas FELDA membeli MSM, Kerajaan sengaja mengurangkan subsidi gula sebanyak 20 sen untuk membolehkan FELDA membuat keuntungan yang besar.
Ini sudah tentu tidak masuk akal kerana ia tidak mengubah keuntungan MSM kerana harga jualan untuk MSM tidak berubah disebabkan oleh subsidi.
DAP hanya mahu bermain politik perkauman dengan menggunakan FELDA dan MSM sebagai bola mereka pada masa itu untuk mengatakan Kerajaan telah mempermainkan Cina.
DAP dan PKR sangat hebat dalam menggunakan isu perkauman sepanjang masa – seperti dalam kes FGV yang mengalami kemerosotan akibat kejatuhan mendadak harga minyak sawit mentah dan fenomena El-Nino sejak penyenaraian – dan mendakwa bahawa Kerajaan mempermainkan orang Melayu.
Tetapi apabila berlaku keuntungan seperti dalam kes IHH Bhd dan MSM, DAP dan PKR terus senyap sunyi dan orang mengharapkan orang tidak ingat bahawa mereka juga pernah membuat bising membantah penyenaraian tersebut.
Menariknya, pada masa itu, Lim Guan Eng berkata, “DAP memohon kepada kerajaan BN untuk menahan sebarang tindakan ke atas pemotongan subsidi diesel atau gula yang memberi kesan kepada rakyat Malaysia sehingga tindakan pertama yang diambil untuk mengurangkan subsidi gas kepada IPP.
Sudah tentu DAP tidak akan memuji Najib kerana benar-benar menyelesaikan isu-isu perjanjian berat sebelah IPP yang dilakukan Mahathir dengan memotong subsidi gas kepada IPP.
Jadi sekarang perjanjian berat sebelah IPP telah diselesaikan dan subsidi gas kepada IPP telah dikurangkan dengan ketara, adakah ini bermakna bahawa DAP kini bersetuju untuk semua bentuk pemotongan subsidi?