HomeGAYA HIDUPBanjir: Tiada lanjutan kontrak dikenakan untuk penggantian Unifi yang terlibat

Banjir: Tiada lanjutan kontrak dikenakan untuk penggantian Unifi yang terlibat - huluselangor.com

Seperti yang diumumkan baru-baru ini, pihak TM menawarkan penggantian percuma peralatan Unifi yang rosak akibat banjir. Kami telah menghubungi pihak TM untuk mendapatkan maklumat lanjut program penggantian itu.

Di bawah inisiatif tersebut, pihak TM akan menggantikan peralatan mencakupi:

 

  • Broadband Termination Unit (BTU), alat yang menghubungkan kabel fiber daripada luar kepada kediaman anda.
  • Router Wi-Fi
  • Modem Unifi Air

Buat pelanggan Streamyx, disebabkan mereka sudahpun menamatkan penawaran perkhidmatan itu maka pengguna akan ditawarkan pakej istimewa untuk mereka berhijrah ke Unifi.

Berkaitan kontrak, tidak akan ada sebarang pelanjutan kontrak dikenakan untuk penggantian peralatan melalui inisiatif. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi hotline 100 ataupun gunakan fungsi Chat di laman web mereka.

TM sedang giat memulihkan perkhidmatan mereka di kawasan-kawasan bencana dan untuk mengikuti perkembangan itu, anda boleh ikuti halaman Unifi Alerts.

Baca juga:
Pengguna Unifi Mobile mungkin dirayaukan ke Celcom 4G selepas liputan 3G ditamatkan
Selepas Unifi, OPCOM Group milik keluarga PM & Pengerusi Khazanah terlibat dalam Projek HSBB bersama TNB

Original Article

HomeGAYA HIDUPBanjir: Tiada lanjutan kontrak dikenakan untuk penggantian Unifi yang terlibat

Berkaitan

POPULAR