Statistik kematian mengelirukan, di campur kes tertunggak kerajaan terdahulu

0
473
Garis hitam ini menunjukkan trend menurun yang ketara pada ketika ini. Harap ianya akan terus menurun secepat mungkin. - pakdin.my

Walaupun KKM melaporkan 463 kematian Covid semalam, kematian sebenar dikatakan 3 orang sahaja.

Jumlah kematian yang dilaporkan dengan kematian sebenar Covid diberi KKM baru-baru ini adalah seperti berikut:
11th Sept
592 kematian dilapor
122 kematian sebenar
12th Sept
292 kematian dilapor
89 kematian sebenar
13th Sept
413 kematian dilapor
33 kematian sebenar

Statistik kematian menjadi lebih mengelirukan apabila KKM tukar cara untuk melapor kematian setelah mengambil kira data kematian tertunggak yang kurang dilapor oleh kerajaan dahulu.

Jadi, pandangan saya ialah kita lihat sahaja trend garis hitam iaitu kadar purata kematian bagi tempoh 7 hari lalu.

Garis hitam ini menunjukkan trend menurun yang ketara pada ketika ini. Harap ianya akan terus menurun secepat mungkin.

Biarpun itu, jumlah keseluruhan kematian Covid Malaysia sudah naik ke 21,587 semalam – di mana 21,116 kematian dicatat tahun 2021 setakat semalam bawah darurat yang amat gagal.

Jumlah 21,116 kematian adalah satu angka yang sangat seram. Sebagai perbandingan, jumlah kematian kemalangan jalan raya Malaysia bagi keseluruhan tahun 2019 ialah 6,167 nyawa.

Tidak boleh dinafikan bahawa negara Malaysia adalah juara Covid ASEAN tahun ini dari segi kematian dan kes Covid kumulatif berbanding saiz penduduk.

Jumlah kumulatif kematian Covid bagi setiap 1 juta penduduk
Malaysia – 657
Indonesia – 503
Filipina – 319
Thailand – 209
Singapura – 10

Jumlah kumulatif kes Covid bagi setiap 1 juta penduduk
Malaysia – 61,205
Filipina – 20,354
Thailand – 20,090
Indonesia – 15,069
Singapura – 12,383

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.