HomeBERITATanda Kecekapan Berpolitik Ismail Sabri

Tanda Kecekapan Berpolitik Ismail Sabri - huluselangor.com

SEJAK kerajaan dan pembangkang mengumumkan akan menandatangani memorandum perfahaman (MoU) untuk membawa kestabilan politik dan melawan pandemik Covid-19 secara bersama, ada pihak yang kurang senang.

Secara tiba-tiba, usaha murni itu dikaitkan sebagai kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mematuhi moto politik tidak rasmi “No Anwar, No DAP”.

Persoalannya, apa kena mengena No Anwar dengan MoU berkenaan?

MoU itu tidak menjadikan Anwar sebahagian pada kerajaan hari ini.

Ia hanya satu kerjasama yang dipersetujui sehingga tibanya pilihan raya umum ke-15 nanti.

Sepatutnya, ia harus dilihat sebagai kecekapan berpolitik Ismail Sabri apabila mampu membawa pembangkang ke meja rundingan bagi memastikan urusan negara dalam era pandemik berjalan lancar.

Ismail Sabri tidak tamak jawatan atau kuasa. Demi rakyat beliau mahu berkongsi sedikit.

Lihat juga dari segi ini, bila kita mampu menjadikan lawan kita datang membantu dalam sesuatu urusan, tidakkah itu menjadikan kita seorang yang cekap? Lawan turun padang membantu bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai.

Seharusnya kita berikan pujian kepada Ismail Sabri yang boleh menyakinkan pemimpin seperti Anwar Ibrahim, Guan Eng dan Mat Sabu agar bersama beliau membantu rakyat.

Kita juga harus memberikan pujian kepada pembangkang yang sudi berkerjasama dengan pihak kerajaan.

Sebagai pembangkang, mereka boleh terus membangkang setiap apa yang kerajaan usahakan, sebaliknya mereka juga mahu melihat Malaysia melangkah keluar pada pandemik yang mengorbankan ratusan nyawa setiap hari.

Ini satu senergi yang tidak seharusnya kita politikkan, sebaliknya kita harus raikan.

Ia satu kecekapan dan kematangan politik oleh kedua pihak.

No Anwar No DAP akan tetap kekal sampai bila-bila, namun untuk sekarang, mereka sudi mencapai tangan kerjasama yang dihulurkan, maka rakyat di kedua-kedua garis politik haruslah menyambutnya dengan berlapang dada.

PRU15, kita perang balik, tetapi sekarang kita berkerjasama sebab ada musuh yang jauh lebih besar perlu dihadapi bersama. – Mynewshub.TV

HomeBERITATanda Kecekapan Berpolitik Ismail Sabri

Berkaitan

POPULAR