Selepas Najib Razak difitnah, kini Mahathir memanggil semula syarikat China ke Malaysia

#JualNegara #KERAjaanTomato

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad akan menumpukan usaha untuk menarik pelabur China semula dalam kunjungannya ke negara itu pada Ogos ini setelah beliau puas menfitnah Barisan Nasional membawa pelabur China ke sini dengan alasan “jual negara” pada sebelum Pilihanraya ke 14 lalu.

“Saya akan menjemput syarikat China untuk melabur di Malaysia khusus bagi meningkatkan produktiviti menggunakan tenaga buruh dan sumber kita ,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepemimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), di sini, hari ini.

Dr Mahathir memberitahu perkembangan terkini apa yang sudah dilakukan oleh Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin dalam lawatannya ke negara itu.

“Beliau (Daim) ada membangkitkan beberapa perkara berhubung pemberian kontrak (kepada Syarikat China) dan kenyataan bahawa Malaysia tidak mempunyai wang,” katanya.

“Itu adalah perkara utama yang kita akan bincangkan semasa di China nanti,” katanya.

Tun Daim bersama beberapa pegawai ke Beijing, China awal minggu ini bagi melakukan rundingan semula berhubung kontrak dan pinjaman negara bersama negara itu.

Daim dan beberapa pegawai kini berada di China membawa perutusan Dr Mahathir.

Ditanya sama ada mesyuarat itu produktif, beliau berkata tidak tahu apa-apa kerana Daim masih belum melaporkan kepadanya.

………
https://huluselangor.com/tag/china

More From Forest Beat

[VIDEO] Pasaran getah dijangka terus meningkat minggu depan

Pasaran getah dijangka terus meningkat minggu depan disebabkan kekangan bekalan yang terhad dan permintaan sektor pembuatan yang bertambah baik.
EKONOMI
0
minutes

KO-Kasih, MyOKU jalin kerjasama bangunkan aktiviti ekonomi Bukit Tasik Serendah

Pengerusi KO-KASIH Datin Dr Hartini Osman berkata menerusi kerjasama berkenaan, MyOKU akan mengusahakan aktiviti pertanian, penternakan dan pelancongan di kawasan tanah seluas 60 ekar...
EKONOMI
1
minute

Jualan murah ayam, daging di Kuala Kubu Bharu pada 2 Disember

Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan Sabtu dan Ahad ini.
EKONOMI
1
minute

Tender Online: Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor

JKR/PER/SEL/110/2023(MEK) SISTEM PENCEGAH KEBAKARAN SERTA PERALATAN BERKAITAN BAGI KERJA-KERJA PEMBAIKAN DAN PENYELENGGARAAN SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI BANGUNAN DEWAN AL-JAZARI DI KOLEJ VOKASIONAL SEPANG (KVS),...
BERITA
1
minute
spot_imgspot_img