Selamat Tahun Baharu 2022… Ayuh bersepakat, bermuafakat di bawah panji BN – Zahid

0
301
Selamat Tahun Baharu 2022… Ayuh bersepakat, bermuafakat di bawah panji BN – Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengajak seluruh rakyat bersama, bersepakat dan bermuafakat di bawah panji Barisan Nasional (BN) sebagai keazaman politik sempena tahun baharu 2022.

Katanya, sudah hampir empat tahun berlalu sejak peristiwa hitam menimpa negara pada tarikh 9 Mei 2018 dengan Malaysia berdepan begitu banyak pancaroba ketidakstabilan politik, ekonomi, kesihatan dan segala-galanya sejak itu ujian buat semua.


“Ketidakstabilan politik mengakibatkan negara menghadapi pelbagai kemelut dan krisis pentadbiran. Kelembapan ekonomi menyebabkan begitu ramai hilang pekerjaan dan perniagaan gulung tikar.

“Kegagalan mengurus pandemik dengan berkesan dari awal menyaksikan lebih 30,000 nyawa insan telah terkorban,” katanya dalam perutusan sempenan tahun baharu 2022.

Ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, kestabilan politik, ekonomi dan semuanya mesti dipulihkan segera demi negara kembali sejahtera, makmur dan sentosa.

“Dunia memasuki tahun 2022. Apakah akan ada sinar kestabilan buat Malaysia nanti Allah S.W.T saja maha mengetahuinya.

“Apakan ada citra baharu untuk rakyatnya mendakap semula kemakmuran yang dirindui Yang Maha Esa jua menentukan.

“Namun kita percaya Allah S.W.T tidak mengubah nasib manusia kecuali manusia sendiri berusaha untuk mengubahnya.”

Tegasnya, jadikan ia sebagai keazaman politik sempena tahun baharu kerana BN adalah kestabilan demi kemakmuran buat semua.

“Dan berusahalah semoga segala hasrat dan azam peribadi kita yang lain yang baik untuk 2022 diberkati dan dirahmati Tuhan.

“Saya ucapkan selamat menyambut Tahun Baharu 2022 kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Sentiasalah menjaga keselamatan diri dan keluarga serta tabah dan cekal menghadapi cabaran-cabaran mendatang,” katanya lagi. – UMNO Online

BACA juga:

Original Article

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.