HomeGAYA HIDUPSaka akui minat sertai Liverpool

Saka akui minat sertai Liverpool - huluselangor.com

LONDON – Penyerang muda Arsenal, Bukayo Saka dan wakilnya dilapor menyatakan minat terhadap potensi perpindahan menyertai pasukan seteru mereka di Liga Perdana Inggeris, Liverpool pada masa depan.

Pemain berusia 20 tahun itu kini menjadi pemain penting di Emirates dan dianggap sebagai bintang dalam pembikinan kelab ber­kenaan.

Bagaimanapun, kematangan dan kemampuan yang dimiliki menyebabkan Saka kini menarik minat banyak pasukan-pasukan elit dan Pe­ngurus Liverpool, Jurgen Klopp juga dikatakan sangat berminat untuk membawanya ke Anfield.

Laporan terbaharu menyebut, pemain berkenaan terbuka dan tidak menolak sebarang kemungkinan untuk berhijrah ke Anfield dan menjadi pemain Liverpool pada masa akan datang.

Penganalisis perpindahan pemain, Ian McGarry dalam rancangan bual bicaranya, The Transfer Window Podcast berkata, Arsenal sudah bersedia untuk memulakan rundi­ngan mengenai kontrak baharu bersama pemain itu apabila perjanjian semasanya akan ber­akhir pada 2024.

“Situasi itu menunjukkan bahawa Arsenal terdesak dan sudah menghidu bahawa kemungkinan mereka akan kehilangan Saka sekiranya lambat bertindak.

“Liverpool mampu untuk memberikan peluang dan platform untuk Saka beraksi pada peringkat tertinggi. Sebab itu saya fikir Saka dan ejennya sa­ngat berminat untuk dikaitkan dengan ke Anfield,” katanya.

Saka juga sebelum ini me­ngakui sangat mengagumi ke­jayaan Klopp yang berjaya membina Liverpool sehingga berjaya meraih kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara sebelum ini. – AGENSI

Original Article

HomeGAYA HIDUPSaka akui minat sertai Liverpool

Berkaitan

POPULAR