HomeDUNIARusia wajibkan pemeriksaan kesihatan terhadap pelawat jangka panjang

Rusia wajibkan pemeriksaan kesihatan terhadap pelawat jangka panjang - huluselangor.com

MOSCOW – Rusia menguatkuasakan satu undang-undang baharu untuk warga asing dan pelawat jangka panjang, di mana mereka dikehendaki memberikan cap jari dan melakukan pemeriksaan kesihatan secara kerap, lapor Badan Penyiar Britain (BBC) kelmarin.

Di bawah undang-undang tersebut, individu yang tinggal di Rusia melebihi 90 hari akan diperiksa bagi sebarang penyakit seksual berjangkit, tuberkulosis dan penggunaan dadah.

Di bawah undang-undang yang ditandatangani pada musim panas oleh Presiden Vladimir Putin itu, warga asing yang tinggal selama lebih tiga bulan perlu memberikan cap jari mereka dengan notis segera.

Bahkan, mulai 1 Mac depan, mereka juga perlu diperiksa untuk ujian HIV dan Aids, batuk kering, kusta dan sifilis.

Selain itu, warga asing di Rusia juga akan diperiksa sama ada mereka ada terlibat dengan pengambilan dadah narkotik atau psikotropik dan bahan psikoaktif baru yang berpotensi berbahaya.

Diplomat atau ahli organisasi antarabangsa dan keluarga mereka bagaimanapun dikecualikan daripada undang-undang tersebut, termasuk kanak-kanak di bawah enam tahun serta warga Belarusia.

Susulan pelaksanaan undang-undang baharu itu, beberapa pertubuhan perniagaan termasuk dewan perniagaan Jerman-Rusia di luar negara telah membuat bantahan.

Duta Amerika Syarikat ke Rusia, Jason Rebholz pada awal bulan ini berkata, undang-undang itu bersifat ‘xenophobic’ dan menyukarkan lagi warga asing untuk tinggal di Rusia.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Rusia berkata, ia sedang bersedia untuk membuat penjelasan memandangkan terdapat banyak kebimbangan yang timbul selepas mentafsir undang-undang itu. – AGENSI

Original Article

HomeDUNIARusia wajibkan pemeriksaan kesihatan terhadap pelawat jangka panjang

Berkaitan

POPULAR