'RAFIZI AKHIRI 2016, DENGAN PENDEKATAN 'SYOK SENDIRI'

1. YB Rafizi Ramli mengakhiri tahun 2016 dengan pendekatan ‘syok sendiri’ dan mencatatkan satu tahap paling rendah dalam mengelirukan rakyat.

2. Pada 27 Disember lalu, dengan menggunakan maklumat daripada satu blog WordPress yang tidak sahih mengunakan nama ‘Pedestrian Observation’, Rafizi secara terbuka mendakwa projek MRT Laluan Seoul 9 yang keseluruhannya di bawah tanah menelan belanja US$43 juta bagi setiap kilometre (km).

Beliau kemudian mendakwa biarpun dibina di bawah tanah, laluan Seoul 9 itu 2.5 kali ganda lebih murah daripada projek MRT1 bagi laluan SBK di mana beliau membuat pengiraan kos dibelanjakan bagi setiap km adalah US$103 juta bagi setiap km dalam usahanya menipu rakyat bagi memfitnah kerajaan.

3. Hari berikutnya, kami mendedahkan pembohongannya dan menunjukkan fakta bersandarkan kepada maklumat sahih dan bukannya sebagaimana dilakukan Rafizi yang menggunakan blog tidak sahih di mana Laluan Seoul 9 adalah sepanjang 37.5km dengan kos US$5.7 bilion atau US$152 juta bagi setiap km, dan bukannya US$43 juta bagi setiap km sebagaimana didakwa Rafizi.

4. Pada hari terakhir 2016, Rafizi bersetuju dengan fakta dibentangkan kami namun kini memutarbelit fakta dan mendakwa Laluan Seoul 9 adalah 112.5 km dan bukannya 37.5km serta menuduh kami berbohong seperti beliau.

5. Dakwaan bahawa ia adalah 27km pada kos US$43 juta setiap km dibuat oleh Rafizi. Kami perbetulkan tuduhannya menggunakan maklumat sahih yang ia sebenarnya adalah 37.5km dengan kos US$152 juta bagi setiap km.

Rafizi kemudian bersetuju dengan kami namun dalam dunia peliknya, beliau kini mendakwa kami menipu kononnya laluan sepanjang 37.5 km perlu diambilkira sebagai 112.5km atau tiga kali ganda lebih panjang.

6. Rafizi beralih kepada dakwaan pelik ini dengan mewujudkan satu formula dalam usaha terdesaknya untuk mempertahankan pembohongannya untuk mendakwa kos bagi projek MRT1 SBK adalah 2.5 kali ganda daripada Laluan Seoul 9.

7. Bagi mengukuhkan dakwaan palsunya, Rafizi menggunakan kajian 16 tahun lalu yang menyatakan kos bagi membina laluan bawah tanah boleh mencecah tiga kali ganda daripada laluan atas pelantar.

Kajian yang dirujuk Rafizi sebenarnya mendakwa perbezaan kos adalah antara dua hingga tiga kali ganda. Tidak diketahui mengapa Rafizi akan mengunakan had paling tinggi iaitu tiga kali ganda. Manakala menggunakan perbezaan dua kali ganda akan menghasilkan keputusan lebih rendah.

8. Rafizi kemudian mendakwa Laluan Seoul 9 secara keseluruhannya adalah di bawah tanah biarpun ia tidak seperti didakwa. Contohnya, stesen Gaehwa ke lapangan terbang adalah di atas pelantar.

Malah, bagi laluan 9, iaitu laluan paling mahal bagi sistem MRT Seoul, terdapat banyak stesen dengan laluan lain yang turut mengurangkan kos bagi projek itu.

9. Rafizi juga tidak mengendahkan fakta bahawa kos membina terowong adalah pelbagai berdasarkan kepada faktor geologi. Contohnya, Laluan Seoul 9 melalui tebing selatan Sungai Han di mana pembinaan terowong melalui tanah lembut berbanding tanah bergranit dan batu kapur yang terdapat di Kuala Lumpur. Tentu sekali menebuk terowong di tanah lembut adalah lebih rendah kosnya dan lebih cepat.

Terdapat juga pertimbangan skala ekonomi perlu diambil kira kerana terowong dengan jarak lebih pendek akan memakan belanja lebih tinggi bagi setiap km berbanding dengan projek terowong lebih panjang.

10. Selain itu, Rafizi berterusan menggunakan angka RM28 bilion sebagai kos MRT1 Laluan SBK dengan mendakwa ia perlu melibatkan kos RM7 bilion sebagai kos perunding, biarpun MMC Gamuda telah menyatakan dakwaan itu tidak benar dan bayaran juruperunding hanyalah RM750 juta.

11. Ini adalah sebahagian daripada lebih banyak lagi dakwaan tidak benar yang membuktikan formula Rafizi adalah salah dan tidak boleh digunakan.

Dengan terlalu banyak kesilapan seumpama ini, jelas bahawa formula terlalu mudah Rafizi ini adalah tidak realistic dan sangat amatur.

Ia tidak lebih daripada usaha ‘syok sendiri’ Rafizi untuk mempertahankan dakwaan palsunya dan menyembunyikan pendedahkan terhadap pembohongannya.

12. Laluan Seoul 9 adalah 37.5 km dengan kos US$152 juta bagi setiap km, di mana Rafizi kini bersetuju, dan bukannya 27 km dengan kos US$43 juta bagi setiap km sebagaimana dakwaannya sebelum ini.

Fakta itu akan kekal berdasarkan kepada kos bagi setiap km, Laluan Seoul 9 adalah lebih mahal daripada projek MRT1 Laluan SBK, tidak sebagaimana didakwa Rafizi sebelum ini.

13. Jika Rafizi tidak didedahkan berbohong sebelum ini, tentu sekali dia akan terus kekal dengan dakwaannya bahawa Laluan Seoul 9 itu menelan belanja US$43 juta bagi setiap km.

14. Dia kemudian akan terus menggunakan formula tiga kali gandanya bagi mendapatkan kos pada US$14.3 juta bagi setiap km dan kemudiannya mendakwa projek MRT1 Laluan SBK menelan belanja 10 kali ganda dan bukan lagi 2.5 kali ganda. 10 kali ganda tentu sekali akan menjadi tajuk berita yang sensasi untuk Rafizi biarpun ia tidak betul.

15. Kita juga pasti akan sedar pada kenyataan terkininya, Rafizi tidak lagi berani menyebut projek ‘MRT Sants-La-Sagrera Barcelona’ yang didakwanya menelan belanja 2.5 kali ganda lebih murah daripada projek MRT1 SBK.

Ini berikutan pendedahan kami sebelum ini yang laluan ini hanyalah terowong sambungan bagi dua stesen dan bukanlah satu projek MRT keseluruhannya, di mana adalah agak dangkal bagi seorang Ahli Parlimen untuk membuat perbandingan antara terowong sahaja dengan satu projek menyeluruh MRT SBK.

Kita hendak lihat bagaimana pula Rafizi akan memutarbelit satu terowong sahaja dengan satu projek MRT yang lengkap dan menyeluruh.

16. Untuk kali ketiga, kami meminta YB Rafizi jika beliau masih yakin projek berkapasiti tinggi bawah tanah MRT Sould menelan belanja US$43 juta bagi setiap km, beliau patut mempersoalkan mengapa kerajaan DAP Pulau Pinang akan membelanjakan kos 50 peratus lebih tinggi pada US$64 juta bagi setiap km hanya untuk projek LRT berkapisiti rendah di atas pelantar dan bukannya bawah tanah.

Dan sekali lagi, kami minta Rafizi bertanyakan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng mengapa kos terowong Barcelona adalah US$39 juta bagi setiap km (mengikut kadar tukar matawang 2011) manakala Projek Terowong Pulau Pinang menelan belanja empat kali ganda lebih tinggi iaitu US$162 juta bagi setiap km (mengikut kadar tukar matawang 2011).

17. Rafizi berterusan mengelirukan rakyat dengan tuduhan palsunya dalam usahanya mencetus kebencian rakyat terhadap kerajaan.

Kami sekali lagi menggesa Rafizi berhenti memalukan diri sendiri sehingga bertambah teruk selepas beberapa kali didedahkan pembohongan dan kegagalannya.

Selamat Tahun Baru, YB Rafizi dan seluruh rakyat Malaysia.

Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional
Putrajaya
1 Januari 2017.

20161217-rafizi-fitnah-kos-mrt

More From Forest Beat

MoU kerajaan-PH sah tidak disambung

Memorandum persefahaman antara kerajaan dan Pakatan Harapan yang dikatakan akan tamat pada 31 Julai tidak akan disambung, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Ismail yang...
POLITIK
1
minute

Perjanjian sulit terbatal, Muhyiddin patut ‘tekan butang’

Perjanjian sudah terbatal.  MoU pun dah tamat. Kenalah tekan butang. Semuanya sudah jelas sekarang. Rupanya ada perjanjian sulit untuk TS Mahiadin dan PPBM menyokong DS...
POLITIK
0
minutes

[VIDEO] UMNO ada Pelan B jika ROS tolak pindaan perlembagaan

UMNO akan mengadakan pemilihan sebelum akhir tahun ini sekiranya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak meluluskan permohonan pindaan perlembagaan. Ahmad Maslan, berkata parti itu...
POLITIK
2
minutes

Tajuddin ‘barbaric’, kontroversial; tak layak jadi duta, kata Pemuda Umno

Exconya Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin membuat desakan itu selepas Tajuddin secara terbuka menyerang Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. tindak-tanduk dan sikap yang telah ditunjukkan...
POLITIK
2
minutes
spot_imgspot_img