PTPTN: Senjata Pakatan Harapan Makan Tuan

Pakatan Harapan menjanjikan pendidikan percuma sejak dari dahulu lagi dan ianya pernah terkandung didalam belanjawan alternatif mereka sebelum PRU 14.

Pakatan Harapan juga berkata sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya mereka akan memberi bukan sahaja pendidikan percuma malah PTPTN juga akan dihapuskan dengan kaedah pemansuhan GST. Sekarang ini mereka sudah menawan Putrajaya dan juga menghapuskan GST, apa jadi dengan pendidikan percuma ni?

PTPTN dan juga pendidikan percuma ini sebenarnya telah digunakan oleh Pakatan Harapan sebagai satu alat ataupun senjata untuk meraih undi terutamanya terhadap pengundi golongan muda. Mereka ketika itu kononya mewakili suara golongan muda dan memperjuangkan hak golongan muda. Mereka bermati-matian memperjuangankan pemansuhan PTPTN dan memberi pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia.

Pakatan Harapan juga menghasut golongan muda untuk tidak membayar pinjaman PTPTN dan mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional kejam kerana membuat sekatan ke luar negara bagi yang tidak melunaskan pinjaman PTPTN.

Apabila mereka mengambil alih kerajaan, Pakatan membuat pusingan “U-turn” berkaitan PTPTN dan pendidikan percuma. Ini adalah kerana hasutan yang mereka lakukan kepada golongan muda untuk menjanjikan pendidikan percuma dan tidak perlu membayar PTPTN berterusan sehinggakan hari ini. Jadi mereka memperkenalkan semula sekatan ke luar negara malah memperketatkan lagi dengan menyekat peminjam dari memperbaharui lesen memandu dan juga cukai jalan jika tidak membuat pembayaran PTPTN. Dan senjata PTPTN ini memakan Pakatan Harapan.

Sepatutnya kerajaan Pakatan Harapan tidak perlu untuk membuat bising atau menyentuh isu PTPTN. Mereka laksanakan terus apa yang mereka janjikan dengan memansuhkan terus PTPTN ini. Baru la selaras dengan janji mereka untuk memberi pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia.

Untuk pengundi di saluran 4, 5 dan 6 iaitu golongan muda. Dulu, jika tidak bayar PTPTN, larangan hanya untuk ke luar negara sahaja.

Sekarang, jika tidak bayar PTPTN, bukan sahaja tidak boleh nak ke luar negara, nak pergi kerja pun tak boleh dengan lesen memandu tidak boleh diperbaharui dan cukai jalan pun sama. Pergi kerja naik pengangkutan awan saja lah. Jadi, siapa lagi kejam?

Oleh SD Salleh
Malaysia-Today.net

More From Forest Beat

MoU kerajaan-PH sah tidak disambung

Memorandum persefahaman antara kerajaan dan Pakatan Harapan yang dikatakan akan tamat pada 31 Julai tidak akan disambung, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Ismail yang...
POLITIK
1
minute

Perjanjian sulit terbatal, Muhyiddin patut ‘tekan butang’

Perjanjian sudah terbatal.  MoU pun dah tamat. Kenalah tekan butang. Semuanya sudah jelas sekarang. Rupanya ada perjanjian sulit untuk TS Mahiadin dan PPBM menyokong DS...
POLITIK
0
minutes

[VIDEO] UMNO ada Pelan B jika ROS tolak pindaan perlembagaan

UMNO akan mengadakan pemilihan sebelum akhir tahun ini sekiranya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak meluluskan permohonan pindaan perlembagaan. Ahmad Maslan, berkata parti itu...
POLITIK
2
minutes

Tajuddin ‘barbaric’, kontroversial; tak layak jadi duta, kata Pemuda Umno

Exconya Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin membuat desakan itu selepas Tajuddin secara terbuka menyerang Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. tindak-tanduk dan sikap yang telah ditunjukkan...
POLITIK
2
minutes
spot_imgspot_img