HomePOLITIKPropaganda Murahan Menggilap Menteri Kasut Hitam (4)

Propaganda Murahan Menggilap Menteri Kasut Hitam (4) - huluselangor.com

Selepas papan iklan gergasi puisi Pyan Habib berwajah Menteri Pendidikan, kini muncul buku Sasterawan Negara berwajah Zul Fikri Zamir, Setiausaha Akhbar Menteri Pendidikan.

“Ya. Kulit itu saya buat. Saya bubuh muka saya sebab mudah dan tak payah bayar. Sebab bayaran yang diperolehi tak memampukan saya untuk bayar model berbayar.” kata pereka kulit buku, Mutalib Uthman.

Bagaimanapun, jelas Mutalib, Zamir tidak mengetahui bahawa gambarnya digunakan untuk dijadikan siluet pada kulit buku berkenaan.

Jika tak ada bajet kau letak muka penulis buku atau gambar cicaklah. Tidak letak gambar pun boleh.

Yang kau letak siluet (imej bebayang) sendiri dengan Zul Fikri Zamir kenapa?

Tahulah dulu pernah jadi rakan kongsi perniagaan, takkan sampai macam tu sekali gila glamour melampau-lampau hangpa ni.😂

Ab Jalil Backer
……………
Anak Usman Awang kesal DBP guna gambar pegawai Maszlee ‘tumpang glamour’ di kulit buku

Anak sulung Sasterawan Negara Usman Awang mempersoalkan penampilan gambar “individu yang tidak berkenaan” termasuk pegawai Menteri Pendidikan Maszlee Malik di kulit buku cetakan terbaru novel karya arwah bapanya terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haslina Usman menganggap tindakan itu cubaan untuk mengeksploit imej arwah bapanya di samping memperalatkan DBP yang merupakan penerbit kerajaan bawah kawalan Kementerian Pendidikan.

Beliau merujuk kulit buku novel Usman, “Tulang-tulang Berserakan”, yang menampilkan gambar seorang yang mirip setiausaha akhbar Maszlee, Zulfikri Zamir.

Ketika dihubungi, Zulfikri enggan mengulas dan sekadar merujuk kepada DBP.

“Saya ini tak tahu menahu. Elok tanya DBP terus rasanya,” katanya kepada FMT.

Haslina berkata penampilan gambar itu tiada kaitan dengan “Tulang-tulang Berserakan”, yang menceritakan pengalaman arwah ayahnya sebagai polis hutan ketika zaman Darurat.

“Jadi apa maksud rekaan kulit begitu? Tiada kaitan langsung,” kata Haslina, anak sulung sastewaran negara yang dianugerahkan gelaran tersebut pada 1983.

Haslina berkata tindakan tersebut seolah-olah menghina karya penulis itu.

“Gambar orang itu tiada kaitan dengan cerita novel tersebut. Mengapa DBP menerbit sebuah buku karya seorang sasterawan negara begitu?

“Apa yang DBP sudah lakukan? Saya tuntut penjelasan segera,” soal beliau.

Ketua pengarah DBP bagaimanapun mempertahankan rekaan kulit buku tersebut sambil menafikan sebarang agenda.

“Tidak ada tujuan khusus. Kebetulan ianya sesuai,” kata Abang Sallehuddin Abang Shokeran kepada FMT.

Malah, menurutnya, setiausaha akhbar Maszlee mungkin tidak tahu gambarnya digunakan.

“Ini cetakan pertama. Cetakan seterusnya, kita akan pertimbangkan pandangan pelbagai pihak,” tambahnya.

Orang di sebalik kulit buku yang menampikan Zulfikri merupakan rakan lama, Mutalib Uthman. Kedua-duanya pengasas sebuah syarikat penerbitan.

Dihubungi FMT, Mutalib mengaku menggunakan gambar kawannya.

Menurutnya, beliau mempunyai masa singkat untuk menyiapkan buku bawah Siri Malaysia Membaca yang menampilkan karya sasterawan negara.

“Jadi, saya gunakan gambar rakan-rakan saya sebab ia percuma.

“Saya pilih gambar itu (Zulfikri) sebab ianya sesuai untuk diletakkan di situ,” katanya sambil menafikan ada cubaan mengaitkan Usman dengan Zulfikri.

Sementara itu, Mutalib mengalu-alukan kritikan pengguna media sosial.

“Saya gembira isu ini timbul, sekurang-kurangnya, rakyat bercakap hal buku,” katanya. – FMT

HomePOLITIKPropaganda Murahan Menggilap Menteri Kasut Hitam (4)

Berkaitan

POPULAR