HomePILIHAN RAYA#PRNMelaka: Kemenangan BN isyarat rakyat tolak katak politik – Najib

#PRNMelaka: Kemenangan BN isyarat rakyat tolak katak politik – Najib - huluselangor.com

Bekas perdana menteri Najib Razak melihat kemenangan BN dalam PRN Melaka hari ini sebagai isyarat jelas bahawa rakyat melihat pencapaian diutamakan dan janji ditepati, serta pada masa sama menolak “katak-katak politik”.

“Katak-katak politik tidak diterima sama sekali. Rakyat mahukan kestabilan demi kemakmuran. Satu pilihan raya yang agak sukar juga bagi BN.

[…] “Kepada Adun-Adun BN dan kepimpinan kerajaan negeri Melaka, mandat telah diberikan oleh rakyat. Buat sehabis baik, tunaikan janji BN dan laksanakan urus tadbir yang cemerlang di Melaka.

“Kita tiada masa untuk dibazirkan. Melaka telah banyak ketinggalan sejak PRU14 dan kita perlu kembalikan Melaka ke landasan pembangunan,” katanya di Facebook.

Najib turut menzahirkan penghargaan buat Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, timbalan presiden Umno merangkap pengarah pilihan raya Melaka Mohamad Hasan, serta akar umbi PAS di Melaka atas sokongan diberikan.

“Walaupun terdapat perbezaan pendapat dari segi hala tuju bersama pada masa ini, namun ahli-ahli kita semua tidak lupa usaha-usaha dahulu ke arah pembentukan Muafakat Nasional dan hanya mahukan yang terbaik,” katanya lagi.

BN berjaya meraih majoriti dua pertiga dalam PRN kali ini, berbanding hanya 13 daripada 28 kerusi yang dimenangi mereka dalam pilihan raya umum (PRU) lalu.

 

HomePILIHAN RAYA#PRNMelaka: Kemenangan BN isyarat rakyat tolak katak politik – Najib

Berkaitan

POPULAR