PRN Melaka: Hilang keyakinan, beberapa pemimpin PPBM negeri dan bahagian berturut-turut keluar parti

0
1111
PRN Melaka: Hilang keyakinan, beberapa pemimpin PPBM negeri dan bahagian berturut-turut keluar parti

Di fahamkan ada sebilangan lagi pemimpin besar PPBM akan mengumumkan meninggalkan PPBM ketika kempen PRN Melaka nanti.

Bagaimana gelombang telah berubah…

Ketua bahagian PPBM telah melompat parti dan menjadi perkara biasa dalam beberapa bulan ini.

Pada mulanya, Ketua Bahagian Termeloh (bapa saudara Agong) yang meninggalkan PPBM untuk menyertai dengan UMNO pada bulan Ogos.

BACA sini:
Tengku Azlan keluar Bersatu, kembali ke pangkuan Umno
https://www.malaysiakini.com/news/586491

Kemudian pada bulan yang sama, Ketua Bahagian Pekan juga telah meninggalkan PPBM untuk menyertai UMNO.

BACA sini:
Ketua Bahagian Bersatu Pekan keluar parti
https://mykmu.net/2021/08/13/ketua-bahagian-bersatu-pekan-keluar-parti/

Dan kemudiannya pada awal bulan ini, bekas Ketua Bahagian Putrajaya juga telah meninggalkan PPBM untuk menyertai UMNO.

BACA sini:
[Video] Bekas ketua PPBM Putrajaya kembali ke pangkuan UMNO
https://huluselangor.com/video-bekas-ketua-ppbm-putrajaya-kembali-ke-pangkuan-umno/

Dan kelmarin Ketua Bahagian Arau (yang juga timbalan ketua PPBM Negeri Perlis) telah meninggalkan PPBM.

BACA sini:
Timbalan pimpinan Bersatu Perlis keluar parti
https://www.utusan.com.my/terkini/2021/10/timbalan-pimpinan-bersatu-perlis-keluar-parti/

Dalam surat peletakan jawatannya, beliau berkata PPBM adalah parti yang sia-sia dan tidak memperjuangkan rakyat sama sekali dan parti itu hanyalah alat untuk merebut kuasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.