HomeGAYA HIDUPPiala AFF Suzuki: Khairulazhan, Faisal sah positif Covid-19

Piala AFF Suzuki: Khairulazhan, Faisal sah positif Covid-19 - huluselangor.com

Skuad Harimau Malaya agak tempang menjelang aksi Kumpulan B menentang Kemboja esok selepas dua pemain disahkan positif wabak Covid-19 sejurus tiba di Singapura pada Jumaat lepas.

Pengurus skuad negara, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi mengesahkan dua pemain terbabit adalah penjaga gol, Khairulazhan Khalid dan bintang sayap Terengganu FC, Faisal Halim.

“Dua pemain negara disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani proses kuarantin sekali gus terlepas aksi bertemu Kemboja esok.

“Apapun, saya harap situasi tersebut tidak menjejaskan moral pasukan dalam memburu kemenangan pertama nanti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Difahamkan, dua pemain yang lebih mesra dengan gelaran Yan dan Mickey perlu menjalani kuarantin selama 10 hari dengan melakukan ujian calitan setiap hari.

Ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe masih memiliki baki 21 pemain yang boleh dipilih untuk aksi pembukaan menentanh Kemboja di Stadium Bishan, petang esok. – K! ONLINE

Original Article

HomeGAYA HIDUPPiala AFF Suzuki: Khairulazhan, Faisal sah positif Covid-19

Berkaitan

POPULAR