HomePILIHAN RAYA#PRNMelaka: PH tawar dasar jelas banding BN, PN ?

#PRNMelaka: PH tawar dasar jelas banding BN, PN ? - huluselangor.com

Pakatan Harapan (PH) menawarkan satu dasar yang jelas sekiranya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berbanding Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang sering bertempur masa kini.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertempuran yang berlaku di antara BN dan PN pada masa ini tidak memungkinkan wujudnya kestabilan politik.

“Jadi, kita menawarkan kerajaan PH yang akan dipimpin oleh sekiranya kita menang dengan satu dasar yang jelas dan stabil,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, pihaknya turut memohon kerjasama barisan hadapan terutamanya polis, tentera dan anggota keselamatan yang lain untuk membuat keputusan yang baik bagi membela nasib diri, keluarga dan negeri dalam pengundian awal esok.

“Kita bertanggungjawab membela dan mempertahankan pertahanan serta keselamatan negara untuk menjamin tata kelola yang baik supaya wakil pimpinan yang kita angkat itu tidak menyalah guna kuasa, merebut projek kontrak pasir.

“Akhirnya rakyat itu dibebankan dengan masalah pengangguran kemiskinan dan lain-lain.

“Gunakan kuasa dan amanah yang diberikan kepada anda dengan baik untuk memilih wakil serta kerajaan negeri yang lebih kukuh dan stabil,” jelasnya.

Pengundian awal yang berlangsung pada hari esok dijangka melibatkan seramai 11,557 pengundi di 31 Pusat Mengundi Awal .

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, jumlah pengundi awal itu terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 anggota polis.

HomePILIHAN RAYA#PRNMelaka: PH tawar dasar jelas banding BN, PN ?

Berkaitan

POPULAR