HomePOLITIKNAJIB RAZAKPH makin ‘gila’, buat tuduhan rawak terhadap BN

PH makin ‘gila’, buat tuduhan rawak terhadap BN - huluselangor.com

Nampaknya puak Pakatan Harapan (PH) semakin ‘gila’ menjelang hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kerana satu persatu tuduhan rawak mula dikeluarkan mereka terhadap Barisan Nasional (BN).

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, terbaru pagi ini, Ketua PH Melaka (Adly Zahari) secara tiba-tiba adakan sidang media dan buat tuduhan.

“Beliau mendakwa kerajaan BN dahulu sebelum PH ambil alih telah peruntukkan RM33 juta untuk membayar pampasan kepada golongan nelayan.

“RM33 juta itu telah salah digunakan untuk tujuan lain sehingga kerajaan PH Melaka alami kekurangan dana dan hanya mampu membayar RM8 juta kepada nelayan iaitu kurang RM25 juta,” katanya di laman Facebooknya hari ini.

Menurut Najib, BN tidak tahu tuduhan yang dilemparkan itu benar atau tidak dan menyarankan agar Adly bertanya kepada calon PH di DUN Asahan iaitu Datuk Seri Idris Haron.

“Eh… kami tak tahu jika tuduhan kamu pagi ini benar atau tidak. Sebab itu, saya saran kamu tanya pada calon PH untuk DUN Asahan.

“Selepas korang bincang, baru lah kamu beritahu kami cerita sebenar. Sama ada calon nombor 5 DUN Asahan benar-benar selewengkan dana RM33 juta tersebut.

“Ataupun PH kedekut (ataupun sudah seleweng baki RM25 juta dana tersebut) dan hanya bayar RM8 juta daripada peruntukkan RM33 juta itu pada nelayan.

“Rakyat Melaka tunggu jawapan korang,” kata Najib.

HomePOLITIKNAJIB RAZAKPH makin ‘gila’, buat tuduhan rawak terhadap BN

Berkaitan

POPULAR