HomeGAYA HIDUPPenyelidik UKM temui cara ubati penyakit nyanyuk, hanya menggunakan Ulam Raja

Penyelidik UKM temui cara ubati penyakit nyanyuk, hanya menggunakan Ulam Raja - huluselangor.com

Kalau korang makan nasi, especially nasi tengah hari, selalunya korang ambil tak ulam-ulaman? Kalau korang ambil, ulam apa yang paling favourite? Macam min, wajib lah kena ada ulam raja. Paling sedap lah dapat pula dengan sambal belacan, fuh..mantap!

Tapi selain dibuat ulam-ulaman, korang pernah tau tak kebaikan ulam raja ni? Kalau tak tau, meh sini min bagitau..

Baru-baru ini, seorang penyelidik berbangsa Cina daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berjaya mencipta satu suplemen diperbuat daripada ulam raja yang dipercayai boleh mengubati penyakit nyanyuk!

Melalui posting di laman Facebook @UKMOfficial, Dr. You Yee Xing, dari Fakulti Sains Kesihatan tersebut merupakan penerima Anugerah Emas Kedoktoran pada Majlis Konvokesyen UKM ke-49 Sidang Cancelor.

Suplemen Ulam Raja yang dicipta beliau itu dikatakan kaya dengan kandungan polifenol dan antioksidan yang dapat mencegah penyakit nyanyuk dalam kalangan warga emas. Ia juga berpotensi untuk bertindak sebagai agen pencegahan kecelaruan kognitif dengan menurukan aras peroksida lipid, meningkatkan aras serum glutation serta mengaktifkan otak.

Menurut posting tersebut lagi, hasil kajian Dr. You ini didapati dapat meningkatkan fungsi kognitif global, ingatan kerja, mengurangkan ketegangan dan gangguan emosi dalam kalangan warga emas.

Selain itu, kajian tersebut juga dikatakan telah memberi impak positif kepada kesihatan masyarakat dan ekonomi negara yang membawa kepada perkembangan industri asas tani terutamanya berkaitan ulam raja.

Tahniah Dr. You! So, sekarang korang dah tau kan selain sedap, ulam raja ni baik untuk kesihatan kita sebenarnya.

HomeGAYA HIDUPPenyelidik UKM temui cara ubati penyakit nyanyuk, hanya menggunakan Ulam Raja

Berkaitan

POPULAR