HomePILIHAN RAYAPengerusi PN Melaka, Mohd Rafiq letak jawatan selepas kalah PRN Melaka

Pengerusi PN Melaka, Mohd Rafiq letak jawatan selepas kalah PRN Melaka - huluselangor.com

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka Mohd Rafiq Naizamohideen hari ini mengumumkan peletakan jawatan hari ini, beberapa hari selepas gabungan itu gagal menguasai kerajaan negeri dalam pilihan raya negeri (PRN).

Beliau yang merupakan naib presiden Bersatu turut melepaskan jawatannya sebagai pengerusi negeri dan mengatakan surat peletakan jawatannya akan diserahkan kepada Pengerusi PN Muhyiddin Yassin esok.

“Peletakan jawatan ini bagi memberi peluang kepada kepimpinan baru untuk mengetuai Bersatu Melaka dan PN Melaka supaya mempunyai masa yang mencukupi bagi membuat segala persiapan bagi menghadapi PRU15,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

HomePILIHAN RAYAPengerusi PN Melaka, Mohd Rafiq letak jawatan selepas kalah PRN Melaka

Berkaitan

POPULAR