Pemuda UMNO gesa segerakan letak SPRM bawah seliaan parlimen

0
304
Pemuda UMNO gesa segerakan letak SPRM bawah seliaan parlimen

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menuntut disegerakan agenda pembaharuan institusi dengan meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah seliaan Parlimen.

Ini kerana katanya, hanya dengan menyegerakan agenda pembaharuan institusi, meletakkan SPRM di bawah Parlimen akan mengelakkan sebarang persoalan negatif berkaitan integriti dan ketelusan melibatkan badan terpenting untuk menangani jenayah rasuah, sekaligus mengembalikan keyakinan rakyat dan persepsi pelabur pada negara.


“Ternyata kenyataan hasil siasatan Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang berpuas hati dengan penjelasan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azan Baki bahawa akaun dagangan miliknya digunakan adiknya untuk memperoleh jutaan saham, tidak meredakan persepsi negatif rakyat terhadap tahap integriti dan ketelusan SPRM.

“Kenyataan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang menuntut penjelasan lanjut berasaskan kenyataan KP SPRM pula menyerlahkan lagi keperluan siasatan bebas lebih terperinci memandangkan di bawah Seksyen 25 (4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA), hanya pemilik akaun sekuriti dibenarkan memiliki saham,” katanya dalam kenyataan menerusi laman facebooknya, hari ini.

Ujar Dr Asyraf Wajdi, pembaharuan ini antara lainnya memberikan kuasa pelantikan Ketua Pesuruhjaya sebagai hak prerogatif Parlimen selepas proses tapisan terperinci ‘due deligence’ dijalankan dan dicadangkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai calon berkelayakan.

“Ini juga bagi mengelakkan wujud campurtangan pihak eksekutif sebagaimana amalan hari ini lantaran Seksyen 5 Akta SPRM 2009 yang menyatakan Ketua Pesuruhjaya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

“Dengan pembaruan ini juga bermakna perkhidmatan KP SPRM tidak sesekali mampu dipengaruhi unsur politik sebagaimana pernah berlaku dalam pemerintahan PH terdahulu apabila bekas Ahli Pimpinan Tertinggi PKR Latheefa Koya juga pernah dilantik KP SPRM hanya selepas Perdana Menteri ke-8 daripada PH mengambil alih kerajaan,” katanya lagi.

Terdahulu tular berkaitan Azam Baki yang dikaitkan dengan dakwaan mempunyai kepentingan tertentu dan terlibat skandal berhubung pemilikan saham.

BACA juga:

Original Article

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.