HomeBERITASPRM Belum Siasat Secara Rasmi Kes Pindah RM13 Juta

SPRM Belum Siasat Secara Rasmi Kes Pindah RM13 Juta - huluselangor.com

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum memulakan siasatan rasmi berhubung pemindahan wang milik Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah berjumlah RM13 juta ke akaun bank luar negara.

Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata, ini kerana, sehingga kini, belum ada mana-mana pihak tampil membuat laporan rasmi berhubung kejadian itu, termasuk daripada pihak kerajaan negeri.

“Kita belum menerima laporan rasmi daripada sesiapa, jadi belum ada siasatan terbuka atau rasmi dibuat,” katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Khamis lalu, media melaporkan, kerajaan negeri akan menuntut kembali RM13 juta milik MBI Kedah yang didakwa dipindahkan ke akaun luar negara ketika Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata, dokumen berkaitan pemindahan wang itu sudah diserahkan kepada SPRM yang melakukan siasatan awal.

Terdahulu, Muhammad Sanusi mendakwa, RM13 juta milik MBI dipindahkan ke Bank Barclays di Kanada ketika Mukhriz masih menjadi Menteri Besar.

Bagaimanapun, Mukhriz pada sidang medianya menafikan tuduhan dibuat Muhammad Sanusi selain menganggap dakwaan itu adalah tidak jelas. – myMetro Online

HomeBERITASPRM Belum Siasat Secara Rasmi Kes Pindah RM13 Juta

Berkaitan

POPULAR