Pemilihan PKR: Kenyataan Media Wan Saiful Wan Jan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)

PKR jangan jangkitkan perangai buruk mereka kepada Pakatan Harapan

Saya tertarik dengan komen beberapa orang pemimpin PKR yang mendakwa bahawa YAB Perdana Menteri mahu menyekat Dato Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi pemimpin negara.

Rakan-rakan dalam PKR wajar menjadi lebih beradab dalam kata-kata mereka terhadap pemimpin parti lain dalam Pakatan Harapan. Dalam keghairahan mencari jawatan dalam parti, berbicaralah mengenai hal ehwal parti sendiri dan jangan memfitnah pemimpin parti lain.

BACA: [Video] Kalau tak nak Anwar jadi Perdana Menteri, pilih lah Azmin Ali https://huluselangor.com/video-kalau-tak-nak-anwar-jadi-perdana-menteri-pilih-lah-azmin-ali/

Tuduhan liar dan fitnah mungkin budaya orang lain tetapi kami dalam Bersatu diajar oleh YAB Tun Mahathir untuk menghormati semangat setiakawan dalam Pakatan Harapan. Dalam kami menghormati persahabatan yang dibina, janganlah pula ada pemimpin parti lain yang celupar memfitnah  semata-mata kerana nafsu mahu mengejar jawatan dunia. Perangai buruk tidak berakhlak ini bukan budaya yang kita mahu bentuk dalam gabungan Pakatan Harapan. Jangan heret orang lain masuk ke dalam perpecahan teruk parti sendiri.

Pemimpin atasan PKR perlu tegas dalam hal ini. Mereka  perlu membuktikan bahawa mereka tidak bersetuju dengan sikap yang biadap. Jika tidak, rakyat akan menganggap bahawa pemimpin atasan PKR meredhai fitnah dan perangai buruk yang ditunjukkan.

? ? ?
Wan Saiful Wan Jan
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)

13 Ogos 2018


Lihat video:
https://youtu.be/v-zbKZ3x6SA

More From Forest Beat

MoU kerajaan-PH sah tidak disambung

Memorandum persefahaman antara kerajaan dan Pakatan Harapan yang dikatakan akan tamat pada 31 Julai tidak akan disambung, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Ismail yang...
POLITIK
1
minute

Perjanjian sulit terbatal, Muhyiddin patut ‘tekan butang’

Perjanjian sudah terbatal.  MoU pun dah tamat. Kenalah tekan butang. Semuanya sudah jelas sekarang. Rupanya ada perjanjian sulit untuk TS Mahiadin dan PPBM menyokong DS...
POLITIK
0
minutes

[VIDEO] UMNO ada Pelan B jika ROS tolak pindaan perlembagaan

UMNO akan mengadakan pemilihan sebelum akhir tahun ini sekiranya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak meluluskan permohonan pindaan perlembagaan. Ahmad Maslan, berkata parti itu...
POLITIK
2
minutes

Tajuddin ‘barbaric’, kontroversial; tak layak jadi duta, kata Pemuda Umno

Exconya Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin membuat desakan itu selepas Tajuddin secara terbuka menyerang Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. tindak-tanduk dan sikap yang telah ditunjukkan...
POLITIK
2
minutes
spot_imgspot_img