Pembangkang kemuka usul bahas insiden kuil di Dewan Rakyat

Pembangkang hari ini mengemukakan usul menangguhkan Mesyuarat di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) bagi membolehkan Dewan Rakyat membahaskan insiden kekecohan di Kuil Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, Selangor.

Ketua WHIP Barisan Nasional, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan perkara itu dalam sidang media di lobi Parlimen pada Selasa berharap Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusof menerima usul itu dan disokong ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH).

“Kami berharap Speaker menerima usul tersebut dan dapat menangguhkan Dewan bagi membolehkan isu di bawah usul itu dibahaskan segera kerana melibatkan kepentingan rakyat dan perlu disegerakan,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Bera itu, insiden yang berlaku adalah perkara serius dan perlu diselesaikan segera bagi kepentingan rakyat serta mengelak sesuatu yang tidak diingini jika dibiarkan.

“Perkara ini jika tidak dibendung, kita khuatir ia boleh merebak menjadi sentimen perkauman. Kita perlu selesaikan (melalui Parlimen) dan kerajaan perlu membuat keputusan mengenainya,” ujar Ismail Sabri lagi.

Tambahnya, Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Ronald Kiandee sudah menghantar usul tersebut ke pejabat Speaker hari ini.

Beliau menjangkakan jika Speaker dan kerajaan bersetuju, ia akan dibahaskan petang esok atau selewat-lewatnya pada Khamis.

Ronald di dalam usul tersebut berpandangan Dewan perlu ditangguhkan bagi membincangkan mengenai isu ini kerana ia melibatkan perkara terentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Melalui usul itu juga beliau mencadangkan kerajaan Pusat, kerajaan Selangor dan agensi penguatkuasaan perlu segera menangani perkara itu sebelum merebak menjadi isu perkauman sehingga memecahkan semangat perpaduan rakyat serta keharmonian di negara ini.

Dalam sidang media itu juga, ahli parlimen pembangkang turut kesal kerana anggota bomba yang ke tempat kejadian untuk bertugas diserang sehingga terpaksa menerima rawatan di unit rawatan rapi hospital Subang Jaya.

Sementara itu Ketua Penerangan UMNO Datuk Shamsul Anuar Nasarah meminta orang ramai jangan mempercayai berita yang tular di media sosial mengenai rusuhan di kuil tersebut sebaliknya merujuk kepada sumber sahih.

https://huluselangor.com/tag/kuil-seafield

More From Forest Beat

MoU kerajaan-PH sah tidak disambung

Memorandum persefahaman antara kerajaan dan Pakatan Harapan yang dikatakan akan tamat pada 31 Julai tidak akan disambung, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Ismail yang...
POLITIK
1
minute

Perjanjian sulit terbatal, Muhyiddin patut ‘tekan butang’

Perjanjian sudah terbatal.  MoU pun dah tamat. Kenalah tekan butang. Semuanya sudah jelas sekarang. Rupanya ada perjanjian sulit untuk TS Mahiadin dan PPBM menyokong DS...
POLITIK
0
minutes

[VIDEO] UMNO ada Pelan B jika ROS tolak pindaan perlembagaan

UMNO akan mengadakan pemilihan sebelum akhir tahun ini sekiranya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak meluluskan permohonan pindaan perlembagaan. Ahmad Maslan, berkata parti itu...
POLITIK
2
minutes

Tajuddin ‘barbaric’, kontroversial; tak layak jadi duta, kata Pemuda Umno

Exconya Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin membuat desakan itu selepas Tajuddin secara terbuka menyerang Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. tindak-tanduk dan sikap yang telah ditunjukkan...
POLITIK
2
minutes
spot_imgspot_img