Pasca banjir: Tolak hasutan tanam kebencian, urus musibah dengan tertib

0
319
Pasca banjir: Tolak hasutan tanam kebencian, urus musibah dengan tertib

Hari ini hari ke-11, macam-macam komen netizen tentang ahli politik sejak musibah banjir melanda negara. Maki hamun, cercaan, hinaan dan ugutan berlegar dalam media, menjadi bahan viral yang membanggakan untuk di kongsi…

Pelik namun itulah realiti mentaliti sebahagian kecil dari kita, yang suka sungguh memandang dari sisi yang sangat negatif, saya tak pasti sama ada mereka turun ke lapangan atau tidak namun yang jelas mereka ingin popular dengan maki hamun, menanam kebencian dan hasutan tanpa sebarang idea positif atau menggerakkan tenaga seperti abg viva!!!

Kasihan PM kita, hari-hari beliau berada di lapangan, kehadiran beliau jikapun ada aksi-aksi berposing (kebiasaannya mengikut arahan media yg agak lapuk mencari sudut berita) menyebabkan PM dan ramai menteri menjadi bahan hentaman lumat berkecai.

Namun hakikatnya, kehadiran PM atau mana-mana menteri sudah semesti membawa impak positif pada kawasan yang dilawati, tak bolehlah kita mengharap PM dan para menteri ini pulang dengan baju, rambut penuh lumpur untuk menunjukan kehadiran membantu mangsa seperti gambar pemimpin muda, yang singgah minum di restoran dengan vest, muka dan rambut berselut.

Mungkin ini pun lakonan juga cuma bila bukan menteri tak ada media nak buat story terpaksalah update sendiri kat media sosial untuk menampakkan turun membantu rakyat!

Pada menteri yang pergi bercuti sebelum banjir dan pulang selepas di arahkan PM, turun dan buatlah sesuatu yg dalam bidang kuasa anda, buat menteri yang pergi bercuti ketika rakyat sedang ditenggelami banjir, sedarlah, anda punca rakyat marah pada kerajaan, anda harus bertanggungjawab atas kebebalan anda sendiri!

Apa pun syabas pada semua yg terlibat, pedulikan sudut pandang sebahagian kecil itu, kita perlu melihat kesungguhan PM dan para menteri yang turun membantu dengan pelbagai pengumuman untuk mangsa banjir kali ini. Tentang RM10k itu mungkin selain KWSP atau pinjaman bank kerajaan pasti ada cara lain untuk bantu mangsa.

Mengenali PM beliau adalah insan yang sangat peduli pada rakyat, keputusan beliau bukan untuk mencari populariti semata-mata tetapi untuk masa depan rakyat tercinta, jika ada tuntutan saat banjir ini, membawa kebaikan pada rakyat, saya yakin lambat laun beliau pasti akan menyetujuinya. Jika keputusan itu hanya memberi keuntungan politik jangka pendek pada beliau namun membawa kesan buruk pada rakyat di masa depan, beliau pasti tidak akan melakukannya! Itulah Ismail Sabri, anak penjual ikan yg kini menjadi pemimpin no 1 negara!!!

Untuk semua rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama berganding tenaga menguruskan era pasca banjir ini dengan penuh tertib agar mangsa yang terlibat dapat bangun kembali membina kehidupan yang lebih baik di masa depan! sesungguhnya kitalah Keluarga Malaysia.

Petikan daripada Facebook Datuk Mohd Zaidi Mohd Said, Ketua UMNO permatang Pauh

https://www.facebook.com/zaidi4ptgpauh

Baca juga:

Original Article

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.