Najib setuju siasatan semula 3 kes bunuh dikaitkan dengannya

Sudah melangkaui sepuluh tahun, saya dituduh oleh Pakatan dan pakar propaganda mereka bahawa saya terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya, Kevin Morais dan Hussain Najadi.

Oleh itu, sudah tiba masa untuk keadilan diberikan kepada saya. keluarga mangsa dan memberi ruang kepada semua rakyat Malaysia yang pernah menuduh dan memfitnah saya, menginsafi apa yang mereka lemparkan selama ini.

Saya mengalu-alukan gesaan YB Lim Kit Siang hari ini untuk membuka semula kes-kes ini dan penubuhan satu pasukan siasatan khas. Saya menggesa Perdana Menteri untuk menyokong saranan saya dan Kit Siang untuk berbuat demikian.

Ironinya ialah Kit Siang melalui kenyataannya pada Julai 2015, adalah antara individu pertama yang cuba melibatkan saya dengan kes pembunuhan Hussain Najadi.

Mendiang Hussain Najadi dibunuh oleh pembunuh upahan pada bulan Julai 2013. Selama tempoh dua tahun, tidak ada seorang pun yang menuduh saya.

Tetapi pada bulan Julai 2015, iaitu selepas isu RM2.6 bilion itu mula tersebar, Kit Siang, anak mangsa Pascal Najadi dan Sarawak Report mula menanam jarum fitnah dengan melibatkan nama saya dalam pembunuhan Hussain hanya kerana dia ialah pengasas Ambank dan mendiang kononnya dibunuh kerana bakal membongkar tentang kemasukan wang RM2.6b itu.

Kini saya lihat Pascal Najadi dan pengasas Sarawak Report, Clare Brown sudah menjadi kawan di mana Pascal ialah tetamu khas di pelancaran buku Clare di London tidak lama lagi.

Untuk makluman semua, mendiang Hussain Najadi telah menjual semua sahamnya dalam Ambank pada tahun 1982 dan tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan bank itu selama 31 tahun sehingga mendiang dibunuh dengan kejam.

Saya tidak tahu mengapa Hussain dibunuh kerana kononnya tahu tentang isu RM2.6b. Agak pelik kerana kesemua pegawai-pegawai Ambank dan BNM yang juga tahu tentang kemasukan wang ini semua masih hidup lagi?

Semua kertas siasatan dan kuasa agensi-agensi siasatan untuk ketiga-tiga kes pembunuhan ini ada pada tangan Kerajaan PH.

Tiada sebab mereka tidak mengambil langkah itu tanpa lengah dan dengan segera melainkan mereka masih ada rancangan untuk menggunakan isu ini pada masa depan untuk terus memfitnah saya.

Perlu diingati bahawa angkara fitnah itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan. Oleh itu, saya mahu semua tuduhan-tuduhan pembunuhan terhadap saya disiasat dan diputus supaya kita tahu siapa yang benar-benar berdosa.

………….

https://huluselangor.com/tag/altantuya

https://huluselangor.com/tag/kevin-morais/

https://huluselangor.com/tag/najadi

More From Forest Beat

MoU kerajaan-PH sah tidak disambung

Memorandum persefahaman antara kerajaan dan Pakatan Harapan yang dikatakan akan tamat pada 31 Julai tidak akan disambung, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Ismail yang...
POLITIK
1
minute

Perjanjian sulit terbatal, Muhyiddin patut ‘tekan butang’

Perjanjian sudah terbatal.  MoU pun dah tamat. Kenalah tekan butang. Semuanya sudah jelas sekarang. Rupanya ada perjanjian sulit untuk TS Mahiadin dan PPBM menyokong DS...
POLITIK
0
minutes

[VIDEO] UMNO ada Pelan B jika ROS tolak pindaan perlembagaan

UMNO akan mengadakan pemilihan sebelum akhir tahun ini sekiranya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak meluluskan permohonan pindaan perlembagaan. Ahmad Maslan, berkata parti itu...
POLITIK
2
minutes

Tajuddin ‘barbaric’, kontroversial; tak layak jadi duta, kata Pemuda Umno

Exconya Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin membuat desakan itu selepas Tajuddin secara terbuka menyerang Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. tindak-tanduk dan sikap yang telah ditunjukkan...
POLITIK
2
minutes
spot_imgspot_img