Najib berang, dakwa Kit Siang samakan Islam dengan kleptokrasi

#PHKudaDAP

“Kenyataan Lim hari ini tentang saya di mana beliau menyamakan Islam dengan kleptokrasi jika BN menang PRK Sungai Kandis adalah melampaui batas.”

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berang dengan Lim Kit Siang kerana mendakwa pemimpin veteran DAP itu menyamakan Islam dengan kleptokrasi jika BN menang pilihan raya kecik (PRK) Sungai Kandis.

Kenyataan Najib melalui Facebook itu hari ini sebagai mengulas kenyataan Lim berhubung penglibatan bekas pengerusi BN itu dalam kempen PRK berkenaan.

“Saya tidak faham obsesi Lim terhadap saya sehingga beliau terpaksa mengeluarkan kenyataan setiap hari untuk menyerang saya secara peribadi walaupun saya tidak lagi perdana menteri atau presiden Umno dan BN.

“Tetapi, kenyataan Lim hari ini tentang saya di mana beliau menyamakan Islam dengan kleptokrasi jika BN menang PRK Sungai Kandis adalah melampaui batas.

“Saya tidak akan dapat menghentikan obsesinya terhadap saya namun Lim tidak patut memperlekeh agama saya dan dijadikan bahan kempen politik,” kata Najib.

Dalam kenyataannya awal hari ini, Lim berkata PRK Sungai Kandis penting bagi mengukur sama ada Najib “berjaya menyamakan Islam dengan kleptokrasi di Malaysia.”

Anggota parlimen Iskandar Puteri itu tidak mengulas lanjut maksud kenyataanya itu, namun berkata dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14, Najib dan BN bergantung kepada strategi memomokkan DAP dan Pakatan Harapan sebagai anti-Islam.

Namun, tambahnya, rakyat menolak “politik toksik” Najib.

“Mereka tidak mahu menyamakan Melayu dan Islam dengan kleptokrasi,” katanya.

Lim juga berkata bahawa BN menggunakan strategi sama di Sungai Kandis dan kini mendapat sokongan PAS.

………………..
Najib Razak

Saya tidak faham obsesi Lim Kit Siang terhadap saya sehingga beliau terpaksa mengeluarkan kenyataan setiap hari untuk menyerang saya secara peribadi walaupun saya tidak lagi Perdana Menteri atau Presiden UMNO dan BN.

Tetapi, kenyataan Kit Siang hari ini tentang saya di mana beliau menyamakan Islam dengan “kleptokrasi” jika BN menang PRK Sg Kandis adalah melampaui batas.

Saya tidak akan dapat menghentikan obsesinya terhadap saya namun Kit Siang tidak patut memperlekeh agama saya dan dijadikan bahan kempen politik.

-Facebook Najib Razak:

More From Forest Beat

MoU kerajaan-PH sah tidak disambung

Memorandum persefahaman antara kerajaan dan Pakatan Harapan yang dikatakan akan tamat pada 31 Julai tidak akan disambung, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Ismail yang...
POLITIK
1
minute

Perjanjian sulit terbatal, Muhyiddin patut ‘tekan butang’

Perjanjian sudah terbatal.  MoU pun dah tamat. Kenalah tekan butang. Semuanya sudah jelas sekarang. Rupanya ada perjanjian sulit untuk TS Mahiadin dan PPBM menyokong DS...
POLITIK
0
minutes

[VIDEO] UMNO ada Pelan B jika ROS tolak pindaan perlembagaan

UMNO akan mengadakan pemilihan sebelum akhir tahun ini sekiranya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak meluluskan permohonan pindaan perlembagaan. Ahmad Maslan, berkata parti itu...
POLITIK
2
minutes

Tajuddin ‘barbaric’, kontroversial; tak layak jadi duta, kata Pemuda Umno

Exconya Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin membuat desakan itu selepas Tajuddin secara terbuka menyerang Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. tindak-tanduk dan sikap yang telah ditunjukkan...
POLITIK
2
minutes
spot_imgspot_img