HomePILIHAN RAYA#PRNMelaka: Muhyiddin dan DAP

#PRNMelaka: Muhyiddin dan DAP - huluselangor.com

Ada pula pencacai yang mahu menegak benang basah. Dia kata langkah Sheraton oleh Muhyiddin bukan tindakan jahat. Tetapi untuk selamatkan negara daripada DAP dan Anwar Ibrahim.

Habis bersekongkol dengan DAP dan Anwar jatuhkan kerajaan BN di PRU 14 bukan jahat? Bila masa Muhyiddin jadi suci bersih dari DAP.

Bahkan di saat kehilangan jawatan Perdana Menteri, Muhyiddin cuba menawarkan pakej kerjasama dengan DAP dan PKR. Berlaku rundingan pintu belakang bersama Tony Pua dan Ong Kian Ming.

Mungkin pencacai ini lupa MKT UMNO pecat Muhyiddin kerana dia naik pentas DAP untuk menghentam UMNO. Bukan kerana isu 1MDB. Kalau 1MDB, sudah lama Muhyiddin dipecat.

Jangan jadikan DAP alasan. UMNO ada track record kalahkan DAP di Cameron Highland. Masa itu Muhyiddin masih sebantal dengan DAP. Bila kalah teruk di Tanjung Piai, baru nak sedar diri?

Facebook Dr Puad Zarkashi

HomePILIHAN RAYA#PRNMelaka: Muhyiddin dan DAP

Berkaitan

POPULAR