HomePOLITIKMengapa RBA DAP serang MCA dan Tun M mencari arah?

Mengapa RBA DAP serang MCA dan Tun M mencari arah? - huluselangor.com

Bersungguh sungguh RBA dan macai DAP serang MCA dari kes menjadi calon Pilihan raya kecil Tanjung Piai, skandal Nafas-PAN RM1.4 bilion dan bendera bintang 5 bucu.

Ini di percayai atas arahan ketua penggiat media sosial DAP.

Ini adalah kerana DAP percaya hanya MCA sahaja tempat beralihnya undi kaum Cina seperti yang berlaku di Pilihan raya kecil Tanjung Piai.

DAP telah menakut nakutkan kaum Cina tentang Muafakat Nasional dan dengan menakut kan mereka DAP boleh buat sesuka hati waima rasuah dan salahguna kuasa dengan anggapan kaum Cina tetap bersama DAP kerana tiada pilihan.

Namun dengan kebangkitan MCA, DAP mendapati ia merupakan alternatif kaum Cina yang tidak mahu undi calon Melayu.

Pilihan raya kecil Tanjung Piai membuktikannya.

Kini terserlah RBA dan macai DAP bersungguh-sungguh mengaitkan segala isu semasa terhadap MCA kerana undi 85% kaum cina terhadap DAP bakal susut kepada sekitar 65-70% sahaja. [1]

Apa yang terjadi pada kaum Melayu ketika 25% melayu membantu menambah bilangan undi Pakatan Harapan di kawasan yang ditandingi oleh calon UMNO atau PAS kini akan terjadi kepada DAP pula apabila MCA bakal mencuri 25% pengundi kaum Cina.

Tun Mahathir juga sedar akan hal ini dan disebalik penafiannya dan ‘cakap berlawanan perbuatannya’ di ketahui cuba melompat ke kumpulan boleh menang iaitu Muafakat Nasional.

Cuma cara yang akan dilakukan adalah mengguna pihak ketiga yang akan menampakkan dia yang di jemput dan dia yang disanbut, bukan dia yang berkehendak.

Tun Mahathir hanya selamat jika berada bersama ‘winner’ sahaja pada PRU-15.

Jika dua bersama ‘looser’ nasib nya sama seperti yang beliau zalimi Zahid Hamidi dan Najib Razak.

Rujukan:
[1] Kit Siang: DAP would lose 30-40% of votes if polls were called now

HomePOLITIKMengapa RBA DAP serang MCA dan Tun M mencari arah?

Berkaitan

POPULAR