HomePOLITIKMaszlee sah sertai PKR

Maszlee sah sertai PKR - huluselangor.com

Selepas beberapa bulan berstatus sebagai wakil rakyat bebas, Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik akan menyertai PKR.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Jimmy Puah Wee Tse ketika dihubungi.

“Ya, dia (Maszlee) akan masuk PKR, esok petang ada upacara di Simpang Renggam. Saya tidak tahu mungkin Anwar (Ibrahim) yang bawa beliau masuk (PKR),” katanya.

Jelas Jimmy, beliau mengalu-alukan kemasukan Maszlee kerana mampu memberi suntikan kepada PKR Johor.

Sementara itu, media melaporkan, penyertaan itu akan diumumkan dalam acara yang turut disertai Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Maszlee sebelum ini seorang ahli akademik dan menyertai PPBM untuk bertanding dalam PRU14.

Dia salah seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM yang dipecat pada Mei tahun lalu susulan konflik dalaman yang tercetus akibat keputusan parti itu untuk keluar daripada PH, seterusnya meruntuhkan pentadbiran yang diketuai Dr Mahathir Mohamad.

Sementara pemimpin yang lain bersama-sama Mahathir menubuhkan Pejuang, Maszlee ketika itu memutuskan untuk menjadi Ahli Parlimen bebas.

Pada masa sama, dia turut menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan PH.

Dia menjadi Menteri Pendidikan ketika pentadbiran PH sebelum diminta meletak jawatan oleh Mahathir pada Januari 2020 yang beliau dakwa berkait dengan Muhyiddin Yassin dan 1Bestarinet.

HomePOLITIKMaszlee sah sertai PKR

Berkaitan

POPULAR