HomeGAYA HIDUPLiverpool tak janji pesta gol berterusan

Liverpool tak janji pesta gol berterusan - huluselangor.com

LIVERPOOL – Bek kiri Liverpool, Andy Robertson menggesa rakan sepasukan agar mengekalkan rentak konsisten apabila turun menentang Wolverhampton Wanderers dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Molineux malam ini.

The Reds berada dalam motivasi terbaik ketika ini selepas membelasah musuh setempat, Everton 4-1 pada perlawanan yang berlangsung di Goodison Park kelmarin.

Bagaimanapun, kapten skuad antarabangsa Scotland itu tidak boleh memberi jaminan kepada penyokong bahawa Liverpool boleh mencatat kemenangan besar dalam setiap perlawanan seperti yang diharapkan.

“Sudah tentu kami mahu gembirakan penyokong dengan menjaringkan empat gol dalam setiap perlawanan tetapi kadang-kadang ia tidak berhasil. Mungkin kami akan menang 1-0 atau 2-1 tetapi perkara paling penting adalah tiga mata.

“Semua pemain sentiasa bekerja keras dalam setiap perlawanan. Kami akan terus memburu kejuaraan EPL musim ini tetapi kami juga perlu berwaspada dengan ancaman pasukan lain,” katanya.

Menjelang aksi menentang Wolves malam ini, Liverpool dijangka mampu meneruskan rentak kemenangan sekali gus terus memberi tekanan kepada Chelsea dan Manchester City dalam perebutan takhta liga.

“Semua pemain perlu sentiasa ingat penyokong sentiasa berada di belakang memberikan sokongan, jadi kami tidak boleh sia-siakan harapan mereka ketika bertemu Wolves nanti,” ujarnya. – AGENSI

Original Article

HomeGAYA HIDUPLiverpool tak janji pesta gol berterusan

Berkaitan

POPULAR