Laporan: Biro Politik PKR Beri Amaran Kepada Rafizi

Sumber yang dipetik Sin Chew Daily berkata, jika Rafizi Ramli terus berdegil dan merosakkan nama baik parti, beliau berdepan risiko dipecat dari PKR.

Dia tak kisah kena pecat. Dia ada INVOKE. Boleh daftar tubuh parti baru.

******

Biro Politik PKR dilaporkan mengambil tindakan disiplin dengan memberi amaran kepada naib presidennya, Rafizi Ramli yang mendedahkan perbalahan dalaman parti itu.

Sin Chew Daily memetik sumber sebagai berkata, Biro Politik PKR memutuskan untuk memberi amaran keras secara lisan kepada Rafizi kerana tindakan serta kenyataannya merosakkan nama baik parti itu.

“Berdasarkan nasihat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, parti hanya memberi amaran lisan kepada Rafizi ketika ini. Jika beliau terus berdegil, tiada orang boleh menjamin beliau tidak akan dipecat kelak,” kata sumber yang dipetik akhbar itu.

Sabtu lalu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali mengakui berunding dengan PAS, tetapi mendakwa ia dibuat berdasarkan keputusan parti, bukan atas kapasiti peribadi.

Azmin berkata, rundingan itu bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru di Selangor dan meningkatkan peluang kemenangan PKR dan parti pembangkang lain.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution bagaimanapun menafikan parti itu pernah membuat keputusan yang dikatakan Azmin itu, sebaliknya rundingan pembahagian kerusi hanya membabitkan parti komponen Pakatan Harapan.

Susulan itu, Rafizi yang membantah rundingan dengan PAS itu, mendedahkan wujud kemelut serius di kalangan ahli Biro Politik PKR, Selasa lalu.

Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa pemimpin atasan yang menganggotai Biro Politik PKR berkuasa menentukan hala tuju parti sering tidak sealiran, malah keputusan yang dicapai juga tidak dihormati.

Katanya, keadaan itu berlaku sejak Anwar dipenjarakan pada Februari 2015.

Sumber yang dipetik Sin Chew Daily berkata, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Isnin lalu memutuskan tiada kerjasama dengan PAS, tetapi tidak membantah PKR berunding dengan parti Islam itu secara diam-diam.

Menurut sumber dalaman PKR, parti itu berpendirian tegas kerana ketua umumnya, Anwar mengarahkan rundingan dengan PAS diteruskan bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“PKR berdepan cabaran bukan sahaja daripada PAS, tetapi juga parti politik lain di Timur Malaysia. Oleh itu, kami akan terus berunding formula satu lawan satu dengan PAS, Parti Sosialis Malaysia dan parti lain di Timur Malaysia.

“PKR hanya membincangkan formula satu lawan satu dengan PAS. Ini bukan kerjasama politik kerana kami tidak membuat dasar atau manifesto bersama.”

Sehubungan itu, sumber berkenaan berkata, Anwar melantik Azmin mengadakan rundingan pembahagian kerusi dengan PAS dan pelantikan itu turut mendapatkan persetujuan sebahagian besar ahli Biro Politik PKR.

Beliau mendakwa pemimpin yang membantah rundingan itu seperti Rafizi dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong bukan puak Azmin, oleh itu mereka sering menentang tindakan menteri besar Selangor itu, termasuk membantah rundingan berkenaan.

“Selaku naib presiden dan ahli Biro Politik, sudah setahun Rafizi tidak menghadiri mesyuarat biro itu.”

Difahamkan, ketika Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin menemui Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada 12 Ogos lalu, mereka sudah menyuarakan hasrat PKR mahu terus berunding dengan parti Islam itu.

Rafizi sebelum ini menamakan Tian Chua, Shamsul Iskandar Md Akin, Xavier Jeyakumar, Dr Shaharuddin Badaruddin, Zuraida Kamaruddin, R Sivarasa, Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Fahmi Fadzil antara pemimpin yang menyokong rundingan dengan PAS.

Manakala Leong, Saifuddin Nasution, Nik Nazmi Nik Ahmad, Datin Paduka Tan Yew Kew, Syed Ibrahim Syed Noh, Datuk Johari Abdul, Sim Tze Tzin dan Fariz Musa menentang rundingan itu.

Leong mengumumkan peletakan jawatan dalam Biro Politik, pada Rabu minggu lalu kerana tidak bersetuju dengan rundingan itu.

Rafizi turut mencadangkan kongres khas diadakan untuk menghentikan kekeliruan di kalangan ahli akar umbi.

More From Forest Beat

MoU kerajaan-PH sah tidak disambung

Memorandum persefahaman antara kerajaan dan Pakatan Harapan yang dikatakan akan tamat pada 31 Julai tidak akan disambung, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Ismail yang...
POLITIK
1
minute

Perjanjian sulit terbatal, Muhyiddin patut ‘tekan butang’

Perjanjian sudah terbatal.  MoU pun dah tamat. Kenalah tekan butang. Semuanya sudah jelas sekarang. Rupanya ada perjanjian sulit untuk TS Mahiadin dan PPBM menyokong DS...
POLITIK
0
minutes

[VIDEO] UMNO ada Pelan B jika ROS tolak pindaan perlembagaan

UMNO akan mengadakan pemilihan sebelum akhir tahun ini sekiranya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak meluluskan permohonan pindaan perlembagaan. Ahmad Maslan, berkata parti itu...
POLITIK
2
minutes

Tajuddin ‘barbaric’, kontroversial; tak layak jadi duta, kata Pemuda Umno

Exconya Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin membuat desakan itu selepas Tajuddin secara terbuka menyerang Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. tindak-tanduk dan sikap yang telah ditunjukkan...
POLITIK
2
minutes
spot_imgspot_img