HomeGAYA HIDUPKurangkan lepak di kedai makan

Kurangkan lepak di kedai makan - huluselangor.com

DALAM tempoh 14 hari, kurangkan lepak di kedai makan dan hanya keluar rumah untuk perkara penting.

Demikian saranan Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Am Dr Hanafiah Bashirun kepada orang ramai khusus di Kuala Lumpur bagi mengelakkan wujudnya kluster baharu berkaitan pekerja warga asing di restoran.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan dua pekerja restoran terkenal di Wisma Rampai disahkan positif Covid-19 selepas saringan rawak di tempat kerja dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah.

Hanafiah berkata, buat masa ini masyarakat tidak perlu panik dan amalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan KKM.

“Perasaan risau perlu ada berikutan kita belum menang lagi dalam menghadapi peperangan menentang Covid-19 tetapi jangan panik.

“Saya difahamkan, kedua-dua pekerja warga asing ini tidak mempunyai sebarang gejala dan ini sangat membimbangkan kerana ia boleh merebak dalam sekelip mata jika tidak ditangani terutama membabitkan warga asing,” katanya.

[tds_note]Menurutnya, apa paling dikhuatiri adalah ia boleh merebak kepada pelanggan seperti yang berlaku dalam Kluster Sivagangga.[/tds_note]

“Kes yang berlaku dalam Kluster Sivagangga ini harap dapat dijadikan pengajaran kepada semua pihak kerana virus ini merebak dengan cepat di merata tempat.

“Saya sarankan dalam tempoh 14 hari ini khusus buat penduduk di Wangsa Maju, Setapak dan juga Kuala Lumpur supaya kurangkan keluar rumah.

“Kurangkan lepak dan hanya keluar untuk urusan penting saja, amalkan kebersihan diri, penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka boleh mengurangkan risiko jangkitan Covid-19. Inilah kaedah terbaik bagi membendung penularan virus ini,” katanya.

[tds_info]Sebelum ini, pemilik rangkaian Restoran Ali Maju Sendirian Berhad, Datuk Jawahar Ali Taib Khan dalam satu kenyataan media berkata, pihaknya akur dengan notis penutupan sementara dikenakan ke atas salah sebuah restoran miliknya.[/tds_info]

Ia selepas tular di laman sosial mengenai notis penutupan cawangan restoran itu di Wisma Rampai di ibu negara Sabtu lalu.

Katanya, pengurusan restoran sentiasa peka dengan apa jua keadaan persekitaran dan mengikut SOP bagi membendung penularan wabak itu.

HomeGAYA HIDUPKurangkan lepak di kedai makan

Berkaitan

POPULAR