HomePOLITIKJual aset Tabung Haji, siasat Lim Guan Eng dan Mujahid

Jual aset Tabung Haji, siasat Lim Guan Eng dan Mujahid - huluselangor.com

Hasil kajian dan pendedahan Maybank IB Research menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan pengurusan aset-aset Tabung Haji ketika Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan dan Mujahid selaku Menteri Agama.

Bahagian penyelidikan ekuiti bank pelaburan itu berkata, nilai pasaran ladang seluas 2,307 hektar itu adalah RM77.6 juta, lebih tinggi berbanding anggaran jualan pada harga enterpris (EV) RM72 juta.

Penjualan itu juga dilakukan secara tergesa-gesa hingga dijual pada nilai rendah daripada harga pasaran.

Perkara ini amat serius kerana rakyat menanggung kerugian yang besar, sudahlah rakus menjual aset-aset orang Islam Bumiputera, dijual pula macam ‘pasar borong’.

Mohon pihak berkuasa siasat apa yang sudah berlaku pada Tabung Haji, jika didapati bersalah segerakan pendakawaan terhadap mereka yang curang dan tidak amanah pada kepentingan rakyat.

ZAHIDA ZARIK KHAN
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

Rujukan:
https://huluselangor.com/tag/tabung-haji

HomePOLITIKJual aset Tabung Haji, siasat Lim Guan Eng dan Mujahid

Berkaitan

POPULAR