HomeDUNIAJepun atur pesawat tempah khas bawa pulang rakyat dari Wuhan

Jepun atur pesawat tempah khas bawa pulang rakyat dari Wuhan - huluselangor.com

TOKYO (Reuters) – Jepun dijangka mengaturkan satu penerbangan tempah khas seawal Selasa kepada rakyatnya yang mahu pulang dari Wuhan, China.

Agensi berita Kyodo melaporkan, Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga dalam satu sidang media hari ini berkata, kerajaan negara tersebut sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa China untuk menguruskan penghantaran rakyatnya yang mahu pulang dari Wuhan.

Ini termasuk menerusi penerbangan tempah khas.

Jumlah kematian akibat virus tersebut meningkat kepada 80 hari ini meskipun penduduk-penduduk wilayah Hubei di mana penyakit tersebut berasal dilarang daripada keluar dari kawasan berkenaan.

Ia merupakan sebahagian usaha global bagi mengekang penularan virus terbaharu itu.- Agensi

HomeDUNIAJepun atur pesawat tempah khas bawa pulang rakyat dari Wuhan

Berkaitan

POPULAR