TagsPendapat

Tag: Pendapat

Penjelasan Najib mengenai ke mana perginya wang RM4 bilion KWAP

Berikut merupakan penjelasan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengenai dana RM4 bilion KWAP yang kerap...

Mungkin Malaysia boleh belajar cara tangani dan hadapi COVID-19 daripada Uganda?

Satu pengalaman menarik pesakit Covid-19 di Uganda juga warga negara Malaysia dan dikongsikan di laman Facebook beliau di pautan; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2894020407520724&id=100007383784757 Melalui...

KEGAGALAN PN: SIAPA YANG PERLU BERTANGGUNGJAWAB?

Rumah siap, pahat berbunyi.Nampaknya pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pakej tambahan Program Strategik Memperkasa Rakyat, mencetuskan...

Warkah kepada menteri UMNO – Isham Jalil

Saya menulis surat ini sebagai ahli UMNO untuk menyarankan kepada para Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri UMNO supaya...

Penjelasan Najib mengenai fitnah dan propaganda ph ke atasnya selama ini

Pada tahun 2018, ramai yang bersorak dan keji saya apabila kerajaan Pakatan Harapan dan media dikawal mereka umum ratusan juta ringgit dalam bentuk cash, ribuan barangan mewah, hartanah mewah dan 27 buah kereta mewah dirampas dari saya kononnya dibeli dengan duit 1MDB.

Soalan kepada menteri dan kerajaan mengenai vaksin Astrazeneca

Oleh Isham Jalil Hari ini jumlah kes COVID-19 di seluruh negara telah mencapai lebih 400 ribu kes. Kes jangkitan harian pula adalah lebih 3,000 kes sehari, dengan 15 orang meninggal hari ini. Vaksin AstraZeneca yang dibeli kerajaan pula dilaporkan mempunyai masalah risiko gumpalan darah. Sebelum ini terdapat penerima vaksin ini di negara lain yang telah dilaporkan mati akibat gumpalan darah di otak disebabkan vaksin AstraZeneca ini akibat “vaccine-induced thrombotic thrombocytopenia” (VIIT). Oleh sebab risiko ini, kerajaan Peranchis telah mengarahkan supaya rakyatnya yang berumur di bawah 55 tahun diberi dos kedua dengan vaksin yang berlainan setelah dos pertama AstraZeneca diberi kepada mereka sebelum ini. Kerajaan Jerman pula mengarahkan vaksin ini diberikan hanya kepada rakyatnya yang berumur di atas 60 tahun. Kerajaan UK telah menyatakan untuk mencari pilihan lain selain vaksin AstraZeneca ini untuk rakyat berumur 30 tahun ke bawah. Kerajaan Denmark pula telah membatalkan pemberian vaksin ini kepada seluruh rakyatnya. Oleh…

Najib soal ke mana perginya dana 1MDB R33.4 bilion yang dikembalikan?

Hari itu, kerajaan PN guna alasan hutang RM32 bilion 1MDB membebankan sebagai alasan untuk korek Tabung KWAN bernilai RM16.9 bilion. Saya jawab serta-merta dan tunjukkan bukti bahawa satu sen prinsipal hutang 1MDB tidak pernah dibayar balik sejak PRU-14 walaupun dana sekurang-kurangnya RM33.4 bilion sudah diselesaikan atau dipulangkan. Masih ada lagi dana akan diterima dalam penyelesaian yang masih dalam proses. Saya juga senaraikan aset-aset 1MDB yang masih tinggal seperti 40 peratus kepentingan dalam projek Bandar Malaysia dengan GDV RM140b, 100 peratus kepentingan dalam projek TRX dan juga 8 pangkalan MINDEF yang telah dibina atau dinaiktaraf oleh 1MDB. Maka saya tanya kerajaan, mana perginya dana RM33.4 bilion yang telah dikembalikan setakat ini? Senarai dan bukti ada di sini: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157850876830952 Adakah dana yang dikembalikan tidak dapat ringankan beban? Adakah rizab tunai Petronas yang dinaikkan masa saya Perdana Menteri daripada RM30 bilion ke RM176 bilion untuk PH/PN jarah tidak ringankan beban? Adakah nilai aset…

Penjelasan Najib mengenai isu beliau bersalaman dengan Netanyahu

Jawapan bekas Perdana Menteri keenam Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengenai insiden bersalaman dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengundang gelak tawa netizen. Beliau malah menggunakan terma yang popular digunakan ketika ini oleh netizen iaitu “Mak kau hijau” bagi menyerang laman Facebook dan Twitter Israel Defense Force (IDF).  Berikut merupakan penjelasan penuh beliau yang juga telah dijelaskan pada 2015, bagi menjelaskan isu tersebut kepada netizen yang mencari jalan untuk memburukkan beliau dengan mengaitkannya dengan Zionis.  …  Hanya sebab satu gambar saya pernah terserempak dengan Perdana Menteri Israel dekat pintu masuk ke PBB pada tahun 2015, saya dituduh zionis. Ratusan gambar saya menjadi Perdana Menteri pertama Malaysia dan pimimpin Asia pertama elak sekatan tentera Yahudi untuk lawat ke Gaza, tak nak guna. Gambar-gambar Imam Besar Masjid Al-Aqsa datang ke Malaysia pada tahun 2015 untuk melawat saya dan menyampaikan surat penghargaan pada saya, tiada. Gambar-gambar saya dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat dari…

Waktu tidak sesuai tubuh Majlis Tindakan Kemakmuran bersama

Oleh Isham Jalil Semalam Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan telah menubuhkan satu lagi jawatankuasa baru iaitu Majlis Tindakan Kemakmuran Bersama (MTKB). Jawatankuasa ini dianggotai oleh 21 orang Menteri, 4 Ketua Jabatan, 2 ketua syarikat pelaburan kerajaan dan lain-lain. Mengikut Perdana Menteri, jawatankuasa ini ditubuhkan untuk menentukan dasar dan strategi pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, iaitu dasar jangka panjang negara untuk 9 tahun akan datang. Semasa saya di Pejabat Perdana Menteri dan Jabatan Perdana Menteri dahulu (2008-2018), antara tugas dan tanggungjawab saya ialah merangka dan menentukan dasar jangka masa panjang dan sederhana negara, oleh itu saya tahu sedikit sebanyak berkenaan hal ini. Pada hemat saya ada sekurang-kurangnya tiga perkara yang tidak kena berkenaan penubuhan Majlis Tindakan Kemakmuran Bersama (MTKB) 2030 ini sekarang: PERTAMA, negara sekarang dilanda tiga krisis serentak yang semakin hari semakin teruk iaitu krisis COVID-19, krisis ekonomi, dan krisis demokrasi. Oleh itu sepatutnya segala usaha dan sumber digunakan…

Palestin, protes dan PKP

Oleh Isham Jalil Ramai rakyat negara-negara lain di dunia yang menyokong perjuangan Palestin dan memprotes kekejaman Israel. Dalam minggu ini terdapat lebih daripada 20 protes di seluruh dunia termasuk di negara-negara barat seperti UK, Canada, Germany, Belgium, Sepanyol, Australia dan Amerika Syarikat. Beribu-ribu rakyat mereka turun ke jalanan dan berarak untuk menunjukkan ketidakpuasan hati mereka kepada Israel dan untuk memaksa kerajaan-kerajaan mereka supaya memberikan tekanan kepada Israel. Mereka ke jalanan untuk menggunakan kuasa dan tekanan politik untuk mengubah keadaan kerana dalam hal ini tekanan ketenteraan dan tekanan undang-undang ke atas Israel hanya akan didorong oleh tekanan politik oleh kerajaan-kerajaan mereka. Israel tidak takut kepada ugutan militia dan keganasan seperti selama ini, bahkan mereka menggunakan tekanan militia dan keganasan ini sebagai bahan untuk menunjukkan kononnya mereka (Israel) adalah mangsa kepada keganasan dan bukan sebaliknya. Pada pertengahan konflik ini dahulu iaitu pada tahun 1970-an, Mesir, Syria dan Jordan serta negara-negara Arab yang…

Konflik Palestin-Israel: “penyelesaian dua negara” bukan solusi terbaik?

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya Penyelesaian Dua Negara yang disokong Tan Sri Muhyiddin semalam maknanya Israel dan Palestin akan wujud sebagai negara berdaulat. Dan akan diiktiraf seluruh dunia. Tetapi kalau ada hendak mengatakan kaedah ini disokong penduduk Palestin atau satu-satunya cara terbaik adalah tidak tepat.  Rakyat Palestin majoritinya tidak setujupun kaedah sebegitu. Yang sokong sebenarnya adalah Yasser Arafat dan sekutunya sahaja. Ketika itu Arafat sangat terdesak dengan populariti Jihad Islam Palestin (JIP) dan Hamas. Rakyat Palestin sedang melihat Fatah (parti Arafat) lemah dan tiada hasil yang memberangsangkan setelah berpuluh tahun berjuang.  Maka dibuat Perjanjian Oslo 1993. Kebetulan Israel ketika itu dipimpin oleh Yitzhak Rabin yang lebih sederhana. Perjanjian inilah yang memberi persetujuan agar diwujudkan dua negara merdeka – Israel dan Palestin. Sebagai permulaan, Gaza dan Tebing Barat diserahkan kepada PLO dengan Arafat menjadi pemimpin kerajaan Palestin yang sah. Tapi 61 peratus Tebing Barat terutama di lembah Sungai Jordan akan ditadbir…

PAS dan Perikatan Nasional gagal bela Islam, jangan jadi kerajaan ‘Ruwaibidhah’

1. Melihat kepada situasi kerajaan Perikatan Nasional hari ini, sudah sama dan saling tidak tumpah seperti Pakatan Harapan, asyik...
00:01:28

[Video] DS Najib memikirkan kelangsungan UMNO dalam menghadapi krisis politik, ekonomi dan kesihatan – Dr Aznil

DS Najib hanya membuat beberapa cadangan, atau lebih tepatnya, meletakkan pilihan yang UMNO ada dalam senario semasa. Namun terdapat reaksi...

Kejayaan tukar speaker bukti Agong tepat dalam membuat keputusan

Ketika Agong membuat keputusan bahawa Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti lalu diangkat menjadi perdana menteri susulan tumbangnya kerajaan Pakatan...

Sebab sistem Monarki masih relevan

Sejak kebelakangan ini, sudah timbul suara-suara yang mahukan sistem diraja di negara ini dihapuskan. Alasannya, sistem monarki sudah dianggap...

Popular

Terkini