Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di lapan negeri sehingga pukul 9 malam ini 7/12/2023.
Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu melibatkan beberapa kawasan di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat termasuk keseluruhan kawasan Pulau Pinang.
“Selain itu, Kedah membabitkan Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak), Pahang (Lipis, Raub, Bentong, Bera dan Rompin) dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol).
“Bagi Sarawak pula, ia melibatkan Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang manakala di Sabah membabitkan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau dan Sandakan (Tongod, Telupid, Beluran dan Sandakan,” katanya.
Tambahnya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.