HomePILIHAN RAYAHadi ketepikan gesaan supaya PAS tinggalkan Bersatu, PN

Hadi ketepikan gesaan supaya PAS tinggalkan Bersatu, PN - huluselangor.com

Duniawi je semua ni, menghalal cara dengan menunggang agama……

Presiden PAS Abdul Hadi Awang memberikan isyarat tegas parti itu tidak akan meniggalkan Perikatan Nasional (PN) bagi meneruskan kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN), menamatkan spekulasi daripada pemimpin parti Melayu itu susulan keputusan pilihan raya negeri (PRN) di Melaka baru-baru ini.

Dalam sebuah kenyataan penuh perumpamaan dan ayat Al-Quran, Hadi berkata pendirian tersebut adalah selari dengan semangat asal MN, yang merupakan piagam kerjasama ditandatangani PAS dan Umno pada 2019 ketika dua parti Melayu itu berada di blok pembangkang.

“PAS hanya menerima MN yang lengkap perjalanannya mengikut perjanjian yang dimeteraikan, tanpa bercanggah dengan agenda perpaduan umat yang lebih besar dan berkuasa melalui gagasan politik PN,” katanya.

PAS memilih untuk bertanding menggunakan logo PN bersama Bersatu dan Gerakan dalam PRN Melaka yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) yang diketuai Umno merampas semula tampuk pentadbiran kerajaan negeri selepas digulingkan pada pilihan raya umum (PRU) 2018 lalu.

HomePILIHAN RAYAHadi ketepikan gesaan supaya PAS tinggalkan Bersatu, PN

Berkaitan

POPULAR