Gerakan menolak Mahathir sebagai presiden Umno

Assalamualaikum w.b.t.

Teman-teman UMNO yang saya kasihi.

Saya sedar, ramai dikalangan kita tidak pernah merasai keperitan merasa susah ketika sedang senang.

Ya, lebih senang susah ketika sedang susah, berbanding susah, ketika sedang senang.

Sungguhpun begitu, bukankah kita sendiri yang telah memilih untuk perjuangan dilandasan Agama, Bangsa dan Tanahair ini, sedangkan pintu keluar untuk meninggalkan persada politik sudah lama terbuka luas?

Kebelakangan ini, perundingan pihak tertentu di dalam UMNO dengan Tun Mahathir sudah semakin rancak.

Berdasarkan laporan yang saya terima, termasuk perjumpaan beberapa pemimpin UMNO dengan Tun Daim semalam, Tun Mahathir telah menyatakan persetujuan beliau untuk kembali bersama UMNO dengan syarat Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Dato Sri Najib Razak disingkirkan daripada UMNO.

Sungguhpun rata-rata yang mempelopori rundingan ini mempunyai hubungan baik dengan dua tokoh ini dan pernah menerima pelbagai bantuan dari dua tokoh ini, saya amat terkejut dengan kesediaan mereka untuk mengorbankan Presiden dan Mantan Presiden UMNO bagi menyelamatkan diri mereka atas alasan mengelakkan UMNO dari haram.

Bagi memahami aspirasi akar umbi, saya pohon maklum balas saudara/saudari bagi memastikan apa jua yang kami perjuangkan, juga merupakan apa yang anda mahukan :

1. Adakah anda bersetuju dengan pendirian kami bahawa kita perlu berdiri teguh bersama Presiden, YB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden, YB Dato Seri Utama Mohamad bin Hassan dalam mempertahankan UMNO dari penindasan dan kezaliman Regim Mahathir DAP.

Bersedia untuk berhadapan dengan segala risiko dan kemungkinan, termasuk bergerak atas platform lain sekiranya UMNO diharamkan.

2. Bersetuju dengan kumpulan Pro Mahathir agar Presiden dan Mantan Presiden disingkirkan.

Berdepan dengan risiko dan kemungkinan habuan yang ditawarkan mungkin tidak akan ditunaikan sepertimana Manifesto Pakatan, malah tidak mustahil juga UMNO akan tetap diharamkan.

Presiden UMNO, Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap di Perjumpaan Tertutup bersama AJK Bahagian 4 Peringkat Seluruh Terengganu tadi telah menegaskan bahawa, setelah meneliti pandangan daripada pelbagai pihak termasuk MT, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, beliau telah memutuskan untuk terus memimpin UMNO sebagai Presiden.

Beliau sesekali tidak akan tunduk dengan tekanan pihak lawan dan tidak sesekali akan membubarkan parti seperti dipinta Mahathir sebelum ini.

Dalam masa yang sama, saya ingin menjawab Asyraf Wajidi yang telah mengeluarkan kenyataan bahawa Pemuda kekal dengan pendirian untuk meminta Presiden bercuti.

Mungkin ramai hairan kenapa saya marah semalam bila membicarakan soal kenyataan Asyraf.

Suka saya jelaskan, kemarahan saya semalam adalah kerana saya sangat kesal dengan Asyraf yang tidak menghormati keputusan MT berhubung isu pendakwaan ini.

Apa masalah beliau sehingga tidak boleh menerima keputusan mesyuarat MT pertama, MT ketiga dan Perjumpaan Khas MT yang telah membincangkan apa keputusan MT sekiranya pemimpin atau ahli umno didakwa oleh musuh kita.

Mesyuarat pertama dah putus bahawa semua pendakwaan akan dianggap political prosecution dan semua kekal, tak perlu cuti atau letak jawatan.

Namun, kerana ada yg tak faham bahasa, sekali lagi isu ini dibangkitkan dalam MT ketiga.

Namun bila Presiden sudah terima notis serah diri, Perjumpaan Khas MT sekali lagi membincangkan apa pendirian MT, ternyata kalau dah 3 kali buat keputusan ni, pasti ada agenda tersurat yang sangat mencurigakan.

Bila Faiz Hashim, Ketua Pemuda Indera Mahkota mengeluarkan poster kenyataan Asyraf yang menuntut pemimpin yang didakwa jangan mengheret parti bersama masalah peribadi mereka, saya telah bertanya Asyraf dalam whatapp MT kenapa Faiz berbuat demikian, namun tidak dijawab.

Poster tersebut yang turut telah beliau lebih sehari langsung tidak di untag atau didelete.

Itupun sudah boleh dianggap sebagai pendirian sebenarnya.

Bila saya jumpa beliau dimahkamah, saya telah tanya Asyraf kenapa Faiz mengeluarkan poster tersebut, sekali lagi Asyraf gagal memberikan jawapan.

Saya mula merasakan Asyraf mempunyai agenda tersembunyi, apabila beliau mengerakkan Ketua Pemuda negeri untuk mendapatkan sokongan Ketua Pemuda Bahagian bagi meminta Presiden bercuti.

Ini menyebabkan saya menghantar signal yang jelas beserta penerangan panjang lebar mengapa Presiden tidak perlu direhatkan.

Tajuk live fb itupun dah cukup keras, sebagai amaran.

Saya tahu Asyraf tidak bertindak sendirian, ada orang dibelakangnya yang menggunakan imej beliau sebagai agamawan untuk mendapatkan sokongan rakyat dalam menumbangkan Presiden.

Walaupun tindakan beliau telah dikecam hebat oleh ahli-ahli UMNO semalam, beliau sekali lagi mengeluarkan kenyataan untuk mendesak Presiden bercuti tadi.

Ini bukan lagi soal berbeza pendapat, keangkuhan meyakinkan saya bahawa desakan beliau adalah sebahagian dari agenda besar untuk menyingkirkan Presiden.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Subang tadi, saya gagahkan diri untuk bertanya dengan Timbalan Presiden samada tindakan Asyraf ini atas arahan atau mempunyai kaitan dengan beliau, Alhamdulillah Timbalan Presiden menafikannya.

Sehubung dengan itu, saya menyeru ahli-ahli UMNO untuk menolak gerakan mengembalikan Mahathir sebagai Presiden UMNO ini.

Mereka yang sudah tidak mampu untuk bertahan sehingga PRU15, berhijrahlah ke Bersatu atau PKR.

Usahlah khianati harapan rakyat terhadap UMNO yang mengharapkan UMNO dapat kembali memerintah dan membela nasib mereka.

Dato’ Lokman Noor Bin Adam
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO

—————-

Rujukan:

https://huluselangor.com/tag/umno

More From Forest Beat

MoU kerajaan-PH sah tidak disambung

Memorandum persefahaman antara kerajaan dan Pakatan Harapan yang dikatakan akan tamat pada 31 Julai tidak akan disambung, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Ismail yang...
POLITIK
1
minute

Perjanjian sulit terbatal, Muhyiddin patut ‘tekan butang’

Perjanjian sudah terbatal.  MoU pun dah tamat. Kenalah tekan butang. Semuanya sudah jelas sekarang. Rupanya ada perjanjian sulit untuk TS Mahiadin dan PPBM menyokong DS...
POLITIK
0
minutes

[VIDEO] UMNO ada Pelan B jika ROS tolak pindaan perlembagaan

UMNO akan mengadakan pemilihan sebelum akhir tahun ini sekiranya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak meluluskan permohonan pindaan perlembagaan. Ahmad Maslan, berkata parti itu...
POLITIK
2
minutes

Tajuddin ‘barbaric’, kontroversial; tak layak jadi duta, kata Pemuda Umno

Exconya Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin membuat desakan itu selepas Tajuddin secara terbuka menyerang Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. tindak-tanduk dan sikap yang telah ditunjukkan...
POLITIK
2
minutes
spot_imgspot_img