HomePOLITIKDr Akmal serah seluruh jiwa raga buat rakyat Melaka

Dr Akmal serah seluruh jiwa raga buat rakyat Melaka - huluselangor.com

“Walaupun berat tetapi amanah ini perlu saya laksanakan sehabis baik,” itu kata Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Mengakui, tanggungjawab kini lebih besar berbanding sebelum ini namun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melimau itu berjanji akan berkhidmat sepenuhnya buat rakyat Melaka.

“Sebelum ini hanya menjaga Merlimau tetapi kini saya diamanahkan menjaga seluruh rakyat Melaka, semestinya tanggungjawab lebih besar.

“Saya serahkan jiwa dan raga untuk berbakti kepada negeri Melaka dan sudah pasti 100 peratus sudah bersedia untuk pastikan kesihatan rakyat Melaka terjaga,” katanya.

Dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri termuda di negeri ini, beliau berkata, selain memfokuskan Melaka menjadi negeri terawal memasuki fasa endemik beliau juga akan memastikan penyakit berjangkit lain berada dalam keadaan terkawal.

“Fokus kita sekarang ini COVID-19 tetapi dalam masa sama tidak abaikan penyakit berjangkit lain seperti denggi serta Chikungunya berada dalam keadaan terkawal.

“Insya-Allah, dengan kerjasama semua pihak saya akan pastikan kesihatan rakyat Melaka berada dalam keadaan memuaskan,” katanya.

HomePOLITIKDr Akmal serah seluruh jiwa raga buat rakyat Melaka

Berkaitan

POPULAR