Dong Zong lebih berkuasa daripada kerajaan

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mendakwa Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) merupakan satu-satunya pertubuhan yang menghalang pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dan seni khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4.

Presidennya, Aminuddin Yahaya mendakwa, Dong Zong juga menjadi satu-satu pertubuhan yang menjadi perancang dan pemikir untuk sekolah-sekolah venakular selama ini.

“Kewujudan sekolah-sekolah venakular ini memang sejak dari dulu lagi telah menimbulkan banyak masalah yang menyebabkan sukar untuk negara mencapai integrasi kaum.

“Mereka dilihat seolah-olah lebih berkuasa daripada kerajaan dalam konteks pendidikan kerana kerajaan tidak boleh melaksanakan apa-apa dasar di sekolah vernakular tanpa persetujuan mereka,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sebelum ini, kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan tulisan Jawi dan seni Khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil menjelang 2020.

Bagaimanapun hasrat itu mendapat bantahan dan tentangan hebat daripada Dong Zong, Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) dan dua pertubuhan Cina lain.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, sekolah venakular ini adalah peninggalan penjajah yang mengamalkan strategi ‘pecah dan perintah’ sehingga mengganggu  hubungan kaum di negara ini.

“Persoalanya, apakah kita masih mahu mengekalkan peninggalan kolonial ini Ini cabaran yang ada kepada pemerintah sehingga kini masih belum mampu untuk menyatupadukan kaum,” katanya lagi. 

More From Forest Beat

MoU kerajaan-PH sah tidak disambung

Memorandum persefahaman antara kerajaan dan Pakatan Harapan yang dikatakan akan tamat pada 31 Julai tidak akan disambung, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Ismail yang...
POLITIK
1
minute

Perjanjian sulit terbatal, Muhyiddin patut ‘tekan butang’

Perjanjian sudah terbatal.  MoU pun dah tamat. Kenalah tekan butang. Semuanya sudah jelas sekarang. Rupanya ada perjanjian sulit untuk TS Mahiadin dan PPBM menyokong DS...
POLITIK
0
minutes

[VIDEO] UMNO ada Pelan B jika ROS tolak pindaan perlembagaan

UMNO akan mengadakan pemilihan sebelum akhir tahun ini sekiranya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak meluluskan permohonan pindaan perlembagaan. Ahmad Maslan, berkata parti itu...
POLITIK
2
minutes

Tajuddin ‘barbaric’, kontroversial; tak layak jadi duta, kata Pemuda Umno

Exconya Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin membuat desakan itu selepas Tajuddin secara terbuka menyerang Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. tindak-tanduk dan sikap yang telah ditunjukkan...
POLITIK
2
minutes
spot_imgspot_img